Famili

Bukan Hanya ‘Scan’ Muka Tapi Boleh Nampak Separuh Badan, Hati-Hati Bila Buat Pengesahan Muka

2
SHARES
pengesahan muka

Menerusi laman Facebook milik Nordin, dia ada kongsikan satu ‘rahsia’ di mana masih ramai dalam kalangan kita tidak tahu dan mengambil mudah. Hal tersebut adalah berkaitan dengan pengesahan muka yang dilakukan di aplikasi.

Perkara ini sudah tentunya membimbangkan terutamanya dalam kalangan wanita kerana pengesahan muka tersebut dilakukan tanpa memakai tudung atau berpakaian elok.

Baca juga: Warganet Leleh Air Mata Tengok Nenek Pakai Kostum Arnab, Usia Bukan Penghalang Nak Cari Rezeki

BUAT PENGESAHAN MUKA DI APLIKASI PASTIKAN BERPAKAIAN MACAM BIASA

PENGESAHAN MUKA

“Kalau buat face verification atau pengesahan muka dekat mana-mana aplikasi, walaupun arahan dia cuma suruh letak muka dekat frame, sebenarnya dia tetap ambil gambar selfie menyeluruh termasuk kepala dan badan.

“Gambar itu ada yang akan disahkan oleh manusia. Maksudnya ada orang lain yang tengok gambar selfie tersebut untuk tujuan pengesahan sama ada gambar sepadan atau tidak dengan kad pengenalan,” jelasnya.

Dia turut berpesan untuk golongan wanita agar sentiasa menjaga pakaian terutamanya muslimah kerana gambar tersebut diperiksa oleh manusia.

“Jadi tolong pakai baju, jangan sekadar bersinglet atau langsung tiada benang di badan, terutama para wanita. Yang Muslimah pun jangan lupa bertudung sebab ramai beranggapan yang buat pengesahan muka ini diperiksa oleh robot. Dia ambil gambar laju-laju dalam keadaan santai di rumah sambil fikir tiada siapa yang akan nampak badan dia,” ujar Nordin

Perkongsian yang mendapat ribuan ‘shares’ di laman Facebook ini dibanjiri komen warganet yang turut berpesan perkara sama setiap kali membuat pengesahan muka di mana-mana aplikasi.

“Saya kerja bank dan ya, benda oni betul. Saya buat pengesahan muka, ada sahaja perempuan yang muka bangun tidur pakai singlet. Kalau yang teruk sangat saya reject sahaja walaupun muka nampak macam kad pengenalan sebab nanti gambar tersebut bank simpan sebagai data sampai bila-bila. Walaupun tutup akaun, bank simpan data itu online, selamanya,” komen pengguna media sosial.

Baca juga: Doa Elak Musibah Atau Kemalangan Di Jalan Raya, Jadikan Amalan Setiap Kali Keluar

Sumber: Facebook Nordin

Kredit imej: The Straits Times

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×