Asuh

Bahaya! Jangan Ada Bekas Makanan Stryofoam Ini Di Rumah, Ini Sebabnya…

8
SHARES

Lazimnya, setiap bungkusan makanan akan dibungkus menggunakan bekas makanan stryofoam. Peniaga di luar lebih memilih untuk menggunakan bekas jenis styrofoam kerana kosnya lebih murah dan mudah untuk didapatkan.

Sebenarnya, bekas makanan stryofoam boleh mengundang bahaya dan menyebabkan kesihatan diri terjejas. Perkara ini mendapat perhatian daripada Dr Mazliana Mazlan di laman Facebooknya. Ikuti penerangan lanjut di bawah. Bahaya dan perlu dielakkan!

Baca juga: Patutlah Anak Selalu & Berani Menipu, Rupanya Mak Ayah Terlalu Strict!

BAHAYA! JANGAN GUNA BEKAS MAKANAN STRYOFOAM INI DI RUMAH

Jelas Dr Mazliana Mazlan, bekas stryofoam sering digunakan jika ada sambutan hari lahir, kenduri atau jamuan di rumah berikutan senang untuk digunakan kerana tidak perlu dibasuh dan hanya perlu terus dibuang.

Bekas makanan styrofoam macam ni, tak boleh ada dekat rumah kita. Kadang ada jamuan harijadi anak, kita guna. Kadang buat kenduri, kita beli untuk tetamu guna. 

Karang pergi berkelah, kita guna makan tepi pantai. Kadang kita tapau dari kedai, makanan letak dalam ni. Dalam styrofoam, ada styrene. Tak kisah makanan dan minuman panas, sejuk, atau suhu bilik sekalipun, tetap akan berlaku tindakbalas dengan permukaan styrofoam bila ia digunakan. 

BOLEH MENGANGGU HORMON & KITARAN HAID WANITA

Walaubagaimanapun, styrene yang ada di dalam stryofoam akan menyebabkan ketidakseimbangan hormon terutamanya kepada kaum wanita.

Ia akan menyebabkan masalah kitaran haid tidak teratur dan seawal usia 10 tahun akan mengalami masalah tersebut. Jadi, dinasihatkan supaya sentiasa berjaga-jaga dan peka dalam pemilihan bekas makanan meskipun ia nampak mudah.

Styrene dalam styrofoam ni, antara penyebab ketakseimbangan hormon pada badan kita dan anak-anak. Badan kita ni main banyak sangat dengan hormon sebenarnya, terutama yang wanita. 

Masalah paling utama buat kanak-kanak perempuan yang beri kesan seumur hidup, haid yang tak teratur. Terlalu ramai. Tak kira umur. Dari seawal usia 10 tahun pun dah ada masalah haid tak regular. 

Perhatikan, bukan setakat makanan yang anak-anak makan. Tapi bekas makanan yang kita guna untuk letak makanan anak pun, sangat penting untuk diambil kira. 

Kita cuba sama-sama ya, cari ilmu baru setiap hari, untuk sediakan yang terbaik buat anak-anak dan keluarga.

Sumber: Facebook Dr Mazliana Mazlan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×