Asuh

Patutlah Anak Selalu & Berani Menipu, Rupanya Mak Ayah Terlalu Strict!

25
SHARES

Setiap ibu bapa ada cara tersendiri dalam mendidik anak-anak. Ada yang memilih untuk tidak garang dan ada juga yang memilih untuk menjadi strict parents dalam mendidik anak-anak menjadi insan berguna di dunia dan akhirat.

Walau bagaimanapun, menjadi seorang ibu bapa yang tegas dalam mendidik anak tidak menjamin mereka menjadi seorang insan berguna. Hal ini kerana, mereka lebih cenderung untuk menipu kerana tidak berani mengaku kesalahan yang dilakukan. Perkara ini diulas lebih lanjut oleh Puan Wawa Shauqi di laman Facebooknya.

Baca juga: ‘Ada Gangguan Jin’- Ini 7 Mitos Tentang Anak Autisme Ibu Bapa Kena Alert!

PATUTLAH ANAK SELALU & BERANI MENIPU, RUPANYA …

Pesan-pesan dekat pasangan kita. Jangan menghukum teruk sangat kalau anak dah terbuat silap. Semalam anak-anak saya pakat meraung sekali. Dramatik betul meraung, macam kena tinggal dekat tepi jalan.

Sambil meraung, anak sulung saya bagi idea, “Mama tolong jangan bagitau ayah. Ammar takut ayah marah. Mama ambik duit Ammar ni. Tolong repair. Tapi kan lambat, Tolong Ammar glue-gun kan. Lepas tu jangan bagitau ayah.” 

Nasib baiklah anak mengadu kat saya. Kalau dengan saya pun dia takut nak mengadu, mau tab tu jadi bahan ujikaji kena glue-gun dek 2 beradik ni. Saya pernah jadi budak-budak. Saya tau macam mana takutnya rasa bila buat salah.

Pengalaman kena marah tu, buat ‘kreativiti’ kita sebagai kanak-kanak menjadi-jadi. Dan kreativiti itu jugalah menjadi pencetus, bermulanya keberanian anak-anak kecil untuk menipu.

Jadi, hati-hati dengan statement ‘kanak-kanak tak reti menipu’. Kerana mereka juga manusia. Otak mereka juga beradaptasi untuk survival. Hati-hati dengan respon yang kita beri pada anak. Jangan sampai develop sifat ‘menipu’ pada anak.

3 PUNCA UTAMA ANAK MENIPU

1. UNTUK DIRI DILIHAT HEBAT 

Anak yang dapat pengiktirafan dan perhatian berlebihan ketika mereka dilihat hebat, akan belajar untuk menipu lagi di masa akan datang untuk dapatkan lebih pengiktirafan dan perhatian.

2.UNTUK MELINDUNGI DIRI 

Perasaan takut kena marah dan dihukum mengaktifkan respon survival anak. Menjadikan mereka kreatif menipu demi menutup salah. Lagi mudah kita menghukum kesilapan anak, lagi kreatif anak develop penipuan mereka.

3. BERCAKAP SEBELUM BERFIKIR 

Boleh jadi juga, mereka tak niat pun nak menipu. Tapi, sebab mulut ‘bekerja’ lebih laju dari otak, benda tak betul pun boleh terlepas dari mulut.

Sebab tu kita mak ayah perlu lebih bersikap terbuka dengan kesilapan yang anak lakukan. Beri nasihat dan beri peluang pada anak untuk belajar dari kesilapan. Elakkan terlalu overreact. Lebih-lebih lagi kalau tak nampak di depan mata.

Bersikap neutral lebih baik dan mendidik. Kita sebagai mak ayah pun, kena biasakan mengaku silap dan meminta maaf bila buat salah.Supaya anak belajar, tak perlu menipu pun kalau buat salah. Cuma minta maaf, dan usaha betulkan keadaan.

Sumber: Facebook Wawa Shauqi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×