Asuh

‘Ada Gangguan Jin’- Ini 7 Mitos Tentang Anak Autisme Ibu Bapa Kena Alert!

34
SHARES

Setiap individu yang mengalami masalah autisme mempunyai jenis simptom dan masa yang berbeza-beza. Segelintir kanak-kanak menunjukkan masalah autisme ketika bulan pertama kehidupan. Apabila kanak-kanak semakin berusia, ciri-ciri autisme menjadi lebih variasi.

Berbicara mengenai autisme, banyak perkara yang kita dengar dari mulut ke mulut meskipun ada juga yang tidak betul. Justeru itu, terdapat 7 mitos tentang anak autisme anda kena tahu. Perkara ini dikongsi sendiri oleh OT Maryam Jamadi di laman Facebooknya.

Baca juga: Jangan Goncang & Lambung Bayi Terlalu Kerap, Kesan Boleh Bawa Padah!

7 MITOS TENTANG ANAK AUTISME IBU BAPA KENA ALERT

fakta-anak-autisme

Baru-baru ini, banyak sangat mitos berkaitan Autisme berlegar-legar di media sosial. Dibawah ini antara mitos popular berkenaan Autisme dikalangan masyarakat kita. Harap dapat beri pendedahan dan pencerahan kepada semua.

1. AUTISME SEBAB GADGET 

Pendedahan skrin berlebihan memang boleh menyebabkan risiko anak lewat bercakap dan mempunyai simptom seakan-akan Autisme (Autism-like-symptom atau Pseudo-Autism). Tetapi selepas dihadkan pendedahan skrin, perkembangan anak-anak ini akan terus meningkat.

Berbanding dengan anak yang memang ada Autisme, walaupun dihadkan atau tiada pendedahan gadget langsung tetap akan ada simptom Autisme. Autisme sebenar tidak berpunca dari gadget.

2. AUTISME SEBAB MAK AYAH TAK PANDAI JAGA ANAK 

fakta-anak-autisme

‘Sepandai-pandai’ mana mak ayah pandai jaga anak, kalau Allah dah takdirkan anak ada Autisme. Maka, adalah. Ya, nak jaga anak Autisme bukan mudah.

Perlukan ilmu, pengorbanan, kesabaran dan usaha yang tinggi bagi membantu anak-anak ini. Hanya mak ayah yang pandai jaga anak sahaja mampu untuk jaga anak Autisme.

3. AUTISME SEBABKAN DOSA-DOSA LAMPAU KELUARGA  

Sangat melampau untuk seorang manusia melemparkan kata-kata ini kepada keluarga yang mempunyai anak Autisme. Kalau tiada kata-kata yang baik untuk cakap, diam lebih baik.

4. AUTISME SEBAB ‘TERKENAN’ 

Autisme tidak berjangkit, tetapi kebodohan boleh berjangkit bila kita dedahkan diri kita dengan orang yang ada pemikiran sebegini. Maaf, kasar sedikit.

Autisme bukan sejenis bakteria atau virus yang boleh berjangkit melalui titisan air atau sentuhan seperti Covid-19 setiap kali berjumpa mereka.

Apatah lagi ‘terkenan’ sekiranya ibu mengandung berjumpa dengan anak Autisme. Kalaulah ya, pasti semua doktor, terapis atau guru anak Autisme ‘terkenan’.

5. AUTISME SEBAB VAKSIN 

“Zaman dulu tak ada vaksin-vaksin ini, tak ada pun Autisme. Sejak ada vaksinlah banyak kes Autisme” 

Zaman dahulu kurang pendedahan tentang Autisme berbanding zaman sekarang, mak ayah sudah mula cakna. Tidak dinafikan ada beberapa kes autism dikaitkan dengan 1 jenis vaksin tetapi banyak bias dan ditentang hebat kerana tiada kajian dilakukan membandingkan kanak-kanak yang divaksin dan tidak divaksin mempunyai Autisme. Sehingga kini, tiada lagi kajian besar-besaran berkaitan vaksin dan Autisme.

6. AUTISME BOLEH SEMBUH  

“Dulu anak ada Autisme sekarang dah normal” 

Percayalah, sebagai terapis kalau saya dengar ayat di atas. Saya 100% pasti anak tersebut bukan Autisme. Hanya ada simptom seperti Autisme (PseudoAutism).

Autisme tidak boleh sembuh tetapi hanya dapat dikurangkan simptom melalui intervensi, terapi, adaptasi atau modifikasi. Mereka perlu hidup dengan Autisme sehingga dewasa. Tiada ubat atau ‘supplement’ yang boleh sembuhkan Autisme.

7. AUTISME SEBAB GANGGUAN JIN 

Kasihan jin dipersalahkan, kalau betullah Autisme disebabkan gangguan jin pasti tiada lagi kes Autisme di serata dunia. Hanya “ubat”kan dengan rawatan jin sahaja.

Apa-apa pun tahap anak, yang pasti semakin awal mak ayah dapatkan rawatan intervensi dan terapi, semakin cepat anak tunjukkan perkembangan positif.  Dapatkan rawatan awal sekiranya ada ada ciri-ciri Autisme. 

Semoga apa yang dikongsikan ini dapat membuka mata masyarakat kita tentang salah faham berkenaan Autisme. Bagi mak ayah yang mempunyai anak Autisme, semoga dipermudahkan urusan kalian. Allah tidak akan uji seseorang luar dari kemampuannya.

Sumber: Facebook Maryam Jamadi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×