Asuh

Jangan Goncang & Lambung Bayi Terlalu Kerap, Kesan Boleh Bawa Padah!

10
SHARES

Sudah menjadi kebiasaan apabila bayi menangis, antara tindakan yang dilakukan oleh ibu bapa pastilah mengoncang atau melambung bayi mereka. Hal ini bertujuan untuk memujuk si kecil agar berhenti menangis.

Walau bagaimanapun, perbuatan mengoncang bayi itu boleh mendatangkan bahaya dan menyebabkan komplikasi serius terutamanya pada otak si cilik. Tabiat ini juga dipanggil sebagai Shaken Baby Syndrome. Ikuti Penerangan lanjut oleh Public Health Malaysia di bawah.

Baca juga: Jangan Risau Bila Anak Mudah Demam, Batuk & Selesema? Ini Penjelasan Pakar…

JANGAN GONCANG & LAMBUNG BAYI TERLALU KERAP

Bahaya goncang anak sewaktu bayi. Tahukah anda, perbuatan seperti:

– Melambung bayi

– Menggoncang bayi

– Senaman akrobatik bayi

Adalah sangat bahaya untuk bayi. Bayi mempunyai otak yang lembut dan otot leher yang lemah. Bayi juga mempunyai salur darah yang sangat halus.

Menggoncang bayi atau kanak-kanak kecil boleh menyebabkan otak menhentak dinding tengkorak dan menyebabkan salur darah terkoyak, pendarahan dan otak membengkak. Kesan lain adalah seperti patah tulang belakang, leher, dan juga kerosakan pada mata.

Shaken baby syndrome (SBS) kerap berlaku pada bayi berumur bawah 2 tahun. Namun ianya boleh berlaku pada kanak-kanak berumur 5 tahun.

Kebanyakan kes berlaku pada umur 6 -8 minggu dimana bayi kerap menangis. Penjaga yang stress akibat bayi yang kerap menangis atau untuk melepaskan geram adalah contoh paling kerap mengapa bayi digoncang.

Ada juga menggocang bayi kerana aktiviti fizikal yang kononnya memberikan senaman kepada bayi. Anda tidak sepatutnya menggoncang bayi dalam apa jua keadaan.

SBS adalah satu perkara yang serius dan boleh dikategorikan sebagai penderaan. Jika anda rasakan anak anda merupakan mangsa penderaan SBS, bawa kepada doktor untuk rawatan dan laporkan kepada polis untuk tindakan undang-undang.

KESAN APABILA BAYI DIGONCANG

– Otak bayi terhentak pada dinding tengkorak.

– Salur darah antara otak dan tengkorak koyak, pecah dan pendarahan.

– Darah beku menyebabkan tekanan. Otak boleh bengkak.

– Oto leher bayi masih berkembang. Jika digoncang, tulang belakang akan menekan pada saraf tunjang.

Sumber: Facebook Public Health Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×