Famili

Kanak-Kanak Autisme Tak Boleh Bercakap Hilang, Pakaian Ditingalkan Di Tepi Longkang Besar

72
SHARES
kanak-kanak autisme

Terkini, seorang kanak-kanak autisme berusia 6 tahun dilapor hilang berhampiran rumahnya di Taman Tunku Tabor, Jalan Gangsa, Alor Setar semalam.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kanak-kanak lelaki itu sedang dilakukan polis dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar.

Baca juga: Kisah Bayi 11 Bulan Maut Dirogol & Didera Suami Pengasuh, Diceritakan Semula Ibu & Tokwan, Pilunya Hati…

KANAK-KANAK AUTISME NON VERBAL HILANG, PAKAIAN TEPI LONGKANG

kanak-kanak autisme

Foto: Harian Metro

Ketua Zon 1, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Ahmad Aminuddin Abd Rahim berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 7.30 malam dan sepasukan 11 anggota dan jentera ke lokasi.

Menurut maklumat yang diberikan oleh ibu mangsa, pakaian serta kasut kanak-kanak autisme non-verbal bernama Firash Daniel itu ditemui di tepi longkang, kira-kira 200 meter dari rumahnya. Terdapat juga satu perkongsian di laman Facebook oleh seorang wanita bernama Nur Izzah Hidayu iaitu jiran kepada rumah kanak-kanak autisme ini yang mengemaskini setiap operasi mencari Firash Daniel.

Selepas membaca segala informasi yang disampaikan di ruangan komen, Firash Daniel dikatakan mula hilang sekitar jam 4-5 petang apabila dia meninggalkan baju, seluar serta lampin di tepi longkang besar yang kelihatan seperti sungai kecil mempunyai kedalaman hingga 1.5 meter. Malah, longkang berkenaan mempunyai saliran yang bersambung hingga Sungai Kedah di belakang Muzium Negeri!

KALI TERAKHIR MINUM SUSU JAM 3 PETANG…

kanak-kanak autisme

Foto Firash Daniel.

Dilaporkan juga bahawa Firash Daniel tidak pernah keluar rumah secara bersendirian kerana autisme non-verbal yang dialami dan tidak pernah terlepas sebegini. Mungkin ada dalam kalangan netizen yang mencadangkan untuk mencari di tempat-tempat kegemaran Firash seperti taman permainan namun apa yang merisaukan adalah kemungkinan besar dia terjun ke dalam longkang besar di mana dia meninggalkan baju tersebut.

Operasi mencari masih lagi dilakukan sehingga jam 1 pagi tadi dan masih belum menemui sebarang tanda dan kelibat kanak-kanak ini. Buat orang ramai yang ingin membantu, berikut merupakan maklumat kanak-kanak tersebut:

Nama penuh: Firash Daniel bin Muhammad Hafeez Ansle
Usia: 6 Tahun

*Menurut ibu mangsa juga, Firash terakhir kali minum susu pada jam 3 petang semalam sebelum hilang. Semoga Firash dapat ditemui dengan cepat dan berada dalam keadaan selamat. Aamin..

#LAPORAN TERKINI:

Menurut perkongsian dari Puan Nur Izzah Hidayu yang merupakan jiran, adik Firash Daniel telah ditemui sekitar jam 9 pagi tadi di sungai berdekatan rumah di mana tempat dia meninggalkan pakaiannya. Mangsa ditemui dalam keadaan tidak bernyawa dan anak syurga ini telah pergi meninggalkan kita. Mohon sedekahkan Al-Fatihah kepada keluarga mangsa.

Baca juga: Guna Buaian Kain & Tuala Dikongsi, Wanita Dedah Sisi Gelap Taska Kotor Serta Tak Selamat!

Sumber: Harian Metro, Nur Izzah Hidayu Zahadi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×