Famili

Ibu Tolak Stroller Anak Autisme Cari Roti 3 Pagi Kini Dalam Keadaan Kritikal, Jadi Mangsa Langgar Lari!

22
SHARES
anak autisme

Kisah seorang wanita yang sanggup menolak ‘stroller’ anak autisme pada pukul 3 pagi hanya untuk mencari roti untuk anaknya sebelum ini tular dan mendapat perhatian ramai. Namun, terbaharu dilaporkan bahawa ibu ini terlibat dalam satu kemalangan langgar lari!

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh adiknya Sharifah Maizatul Syed Mansor di Facebook memberitahu, bahawa kakaknya terlibat dalam kemalangan berhampiran MRT Kampung Selamat, Sungai Buloh menghala Kota Damansara antara jam 1 hingga 2 pagi malam 26 Januari 2025.

Baca juga: Anak Perempuan Jadi Mangsa Khianat Buli Sampai Patah Tulang Rusuk, Bapa Dakwa Sekolah ‘Pekakkan’ Telinga

IBU TOLAK STROLLER ANAK AUTISME DILANGGAR LARI, KOMA..

anak autisme

Foto mangsa bersama anak dan suami.

Menurut perkongsian, Sharifah berkata, kakaknya bersama suami kini berada dalam keadaan kritikal manakala anaknya hanya mengalami luka ringan selepas motosikal yang dinaiki mereka sekeluarga dilanggar.

Susulan itu, dia memohon agar mana-mana individu atau saksi yang melihat situasi kejadian untuk tampil memberikan maklumat.

Assalamualaikum, mencari kalau ada saksi kemalangan malam tadi pukul 1 hingga 2 pagi dekat kawasan MRT Kampung Selamat Sungai Buloh menghala Kota Damansara.

“Kalau ada, boleh berhubung dengan saya, nak tahu kejadian kemalangan sebab mangsa suami isteri tidak sedarkan diri,” tulisnya.

Sebelum ini, tular sebuah video memaparkan seorang ibu sanggup menolak ‘stroller’ bersama anaknya yang menghidap autisme sekitar pukul 3 pagi semata-mata untuk memenuhi permintaan kanak-kanak itu yang mahu makan roti. Menerusi video dimuat naik seorang pemuda dikenali sebagai Najmi pada TikTok @nxjmxe, pekerja p-hailing itu terjumpa wanita tersebut bersama anaknya ketika melalui jalan raya di Kuang, Selangor.

Ujarnya, mereka berdua sedang mencari roti dan ternyata roti kegemaran anaknya tiada di kedai yang mereka tuju. Disebabkan bimbang akan keselamatan wanita dan anaknya itu, rider berkenaan menawarkan diri membantu mencari roti tersebut menggunakan motosikal sehingga menemui roti yang diinginkan.

Jelasnya, kanak-kanak tersebut dilihat gembira menikmati roti tersebut dan menemaninya makan hingga selesai. Namun, dia tidak menghantar wanita berkenaan hingga ke rumahnya kerana bimbang mereka berasa tidak selesa.

anak autisme

*Diharapkan ibu ini kekal kuat berjuang dan kembali sedarkan diri. Buat anda yang menjadi saksi kepada insiden langgar lari tersebut, boleh sampaikan maklumat kepada adik mangsa.

Baca juga: “Ini Bukan Anak Saya..”- Kisah Isteri Sakit Saraf Tunjang Jaga Suami Separa Lumpuh, Buat Ramai Menangis

Sumber: Sharifah Maizatul Syed Mansor

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×