Ibu bapa mana yang tidak terkejut dan mengamuk apabila anak sendiri diperlakukan dengan kasar bukan? Seperti perkongsian oleh seorang ayah di laman Facebook ini, dua orang anak perempuannya ‘diumpan’ naik motosikal kemudian ditolak sehingga menyebabkan patah tulang rusuk!
Ini sangat mengundang amarah apabila anak-anaknya didakwa menjadi mangsa khianat pelajar lain yang turut bersekolah di sekolah yang sama.
Baca juga: “Siti Gemuk, Siti Hitam!”- Murid Tahun 1 Dibuli & Dapat Lukisan Tak Senonoh, Tak Mahu Pergi Sekolah!
PATAH TULANG RUSUK SEBAB JADI MANGSA KHIANAT TOLAK JATUH MOTOSIKAL
“Dua orang orang anak aku kena khianat. Allahuakbar ujian hebat. Orang dengki sangat ke kat anak aku. Pancing anak aku ajak meronda naik motosikal. Selepas itu tolak motosikal sampai jatuh..
“Nanti aku ajar balik budak tu sampai mendapat. Sampai patah rusuk anak aku dibuatnya. Ini kes khianat, dengki iri hati anak orang lebih cemburu,” tulis seorang pengguna Facebook yang merupakan ayah, Muss Ess Immer.
Dalam beberapa hantaran dibuat, lelaki berkenaan turut berkongsikan beberapa gambar memaparkan kecederaan dialami anaknya yang turut melibatkan kesan luka di bahagian muka dan tangan. Pada masa sama, dia memuat naik juga gambar laporan imbasan X-Ray dipercayai memaparkan keadaan kecederaan dalaman dialami anaknya.
Sementara itu, lelaki berkenaan juga memaklumkan bahawa insiden buli berkenaan sememangnya sudah berlaku sejak di sekolah apabila anaknya sering diejek oleh pelajar lain. Malah katanya, akibat sering diejek ini dia terpaksa memindahkan anaknya ke sekolah lain bermula tahun ini.
DAH BUAT ADUAN DEKAT PIHAK SEKOLAH TAPI TIADA TINDAKAN
Menurut ayah ini, dia sudah berusaha membuat aduan mengenai perbuatan buli ini kepada pihak sekolah namun sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil.
“Daripada mereka sekolah lagi budak-budak sekolah suka ejek anak-anak aku. Cemburu apa tak tahu. Sedangkan anak aku ni diam sahaja. Aku tak bagi bercampur dengan orang lain. Sampai aku tukar sekolah lain tahun ini.
“Dengan cikgu disiplin yang anak aku mengadu tapi tak ambil tindakan dan sedap pula cikgu-cikgu kata anak orang kaya sikit-sikit nak mengadu.
“Kasut anak aku budak sekolah pijak-pijak. Pensel mereka patahkan. Buku-buku mereka rosakkan. Sampai takut nak pergi sekolah,” ujarnya.
Sementara itu, menerusi perkongsian terbaharu yang dimuat naik di Facebook pada Selasa, Muss Ess Immer memaklumkan kecederaan dialami anaknya itu kini dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, Perak.
*Diharapkan ada tindakan yang diambil terhadap pembuli-pembuli yang masih bersekolah ini. Mak ayah pun jangan seronok sangat bila karakter anak nampak kuat dan terlampaun yakin di sekolah, kesudahannya boleh terkurung dalam penjara juga kalau dibiarkan.
Baca juga: 6 Kaedah Buli Ini Paling Popular Berlaku Di Sekolah Asrama, Yang Akhir Sekali Paling Kejam!
Sumber: Muss Ess Immer