Famili

Kronologi Insiden Menyayat Hati Pakcik OKU Dipukul & Diheret Di Pasar Tani, Tergamaknya Manusia..

45
SHARES
pasar tani

Beberapa hari lepas, kita dikejutkan dengan kes seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) kategori ketidakupayaan mental menjadi mangsa serangan fizikal di Pasar Tani Padang Astaka, Chukai, Kemaman.

Mungkin ada dalam kalangan kita yang keliru dengan insiden menyayat hati ini tentang bagaimana boleh berlaku, kenapa lelaki OKU ini diperlakukan dengan kasar dan sebagainya. Jadi berikut adalah kronologi ringkas kisah yang terjadi kepada lelaki OKU ini yang juga merupakan seorang ayah.

Baca juga: “Nak Bercuti Ada Syarat!”- Zaquan Adha Siap Bagi Taklimat Dekat 7 Orang Anak, Netizen Terhibur & Puji

TAK SENGAJA LANGGAR GERAI DI PASAR TANI, ORANG RAMAI MENGAMUK TANPA BELAS KASIHAN!

pasar tani

Foto: Tangkap layar di laman Tiktok.

Ahmad Nor Al Faizan Jusoh, 47 tahun atau dipanggil ‘Paijang’ oleh rakan-rakan sekolah merupakan seorang yang sangat aktif. Namun lepas SPM, dia diuji dengan gangguan mental di mana keadaannya on/off selepas tu. Menurut kenyataan dari sahabat mangsa dikenali sebagai Fadzli, Paijang tidak pernah bertindak ganas, cuma kadang-kadang sahaja bising dan kasar.

Kejadian yang berlaku di Pasar Tani Padang Astaka itu bermula apabila pakcik OKU ini dengan tidak sengaja terbabas dan merempuh sebuah gerai. Namun, ada satu lagi versi cerita mengatakan bahawa dia ditendang semasa naik motorsikal dan itu menyebabkan dia terbabas. Malah, ada beberapa orang yang menjadi saksi kejadian dan mengatakan bahawa pakcik OKU ini ditendang semasa menaiki motor. Boleh lihat dalam video tersebut apabila pakcik ini tengking tanya “Sape terajang aku??

Sangat menyedihkan selepas berlakunya pertengkaran mulut dalam kalangan orang ramai di pasar tani tersebut, pakcik OKU ini turut diheret oleh beberapa ‘samseng’ sambil mengadu sakit dan memohon maaf. Namun tidak dihiraukan malah dibalas dengan sepak terajang oleh salah seorang pemuda tersebut.

Kemudian ada video di mana pakcik OKU ini menahan kesakitan dan pedih di bahagian muka selepas mi goreng dituang di atas kepalanya, meminta air mineral untuk basuh muka tapi tiada siapa yang layan. Akhirnya pakcik menadah muka di air hujan, tapi mukanya disepak pula oleh seorang pakcik berbaju merah. Pada masa yang sama terdengar suara perempuan dalam video, “sabor Pok Zul!”.

HATI ISTERI HANCUR LIHAT SUAMI DIPERLAKUKAN BEGITU…

@nrulfrhana._Rehat la abh dunia terlalu kejam untuk mu 💔♬ suara asli – Arta mode mj

Menerusi kenyataan isteri kepada mangsa, Faridah Abdul Karim, “Bila melihat rakaman video itu, hati saya hancur dan sangat sedih..”

Faridah berkata perbuatan mereka yang mengheret, menyepak, memukul dan mencurahkan mi goreng di atas kepala suaminya, itu sangat melampau dan tidak berperikemanusian. Bayangkan, sudah beberapa kali memohon maaf namun mereka tidak hiraukan dan tetap memukul mangsa.

Tidak ketinggalan, salah seorang anak kepada pakcik OKU ini turut bersuara dan memuatnaik sebuah video di laman Tiktoknya.

“Rehatlah abah, dunia terlalu kejam untukmu,” luah Nurul Farhana. Menurutnya, bapanya kini sedang mendapat rawatan di Hospital Terengganu selepas kejadian menimpa. Malah dia juga turut berterima kasih kepada orang ramai yang mendoakan dan berada di pihak ayahnya.

Terbaharu, polis sudah menahan tiga lelaki berhubung kejadian ini.  Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintenden Wan Muhammad Wan Jaafar berkata, kesemua suspek ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu. Kesemua suspek yang ditahan berusia diantara 18 hingga 60 tahun dan polis sedang mengumpul maklumat daripada mereka. Kes ini kita akan siasat mengikut seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

*Semoga ada keadilan buat mangsa…

@selangortv TULAR ‼️ Tiga lelaki yang disyaki memukul seorang lelaki kurang upaya (OKU) dengan ketidakupayaan mental di tapak jualan pasar tani di Chukai, Terengganu pada Jumaat ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung insiden itu. Penahanan itu dibuat selepas video insiden berkenaan tular di media sosial. Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintendan Wan Muhammad Wan Jaafar berkata, ketiga-tiga suspek ditahan hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman sekitar pukul 8 malam (17 Januari). Mereka yang ditahan berusia antara 18 hingga 60 tahun dengan kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh. Sebelum kejadian, mangsa didakwa menunggang motosikal secara berbahaya ketika orang ramai sibuk membeli di pasar tani terbabit. (Disclaimer: Kandungan dan berita yang dikongsikan ini adalah berdasarkan sumber rasmi dan bertujuan memberikan maklumat kepada masyarakat mengenai isu jenayah semasa. Ia tidak bertujuan untuk membuat spekulasi atau menimbulkan prejudis terhadap mana-mana pihak yang terlibat. #MediaSelangor #oku #rempuhgeraipasartani #kemaman ♬ 紧张刺激氛围感 INVESTIGATE – 5050 Music

Baca juga: Wanita Maut Alami Pendarahan Selepas Bersalin Sebab Doktor Pakar Pergi ‘Minum’, Pusat Bersalin Kena Bayar RM6 Juta!

Sumber: Berita Harian, Discovery Terengganu, Syafiq Fadeli 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×