Peritnya apabila mengalami selesema sama ada hidung kerap berair atau hidung tersumbat bukan? Agak merisaukan untuk makan ubat selsema pada waktu siang kerana dikatakan semua ubat berkaitan penyakit ini boleh membuatkan anda sangat mengantuk.
Sebenarnya, ada jenis ubat selesema yang mengantuk dan tidak mengantuk anda boleh dapati di farmasi atau klinik. Apa yang penting adalah untuk dengar dan tahu maklumat yang disampaikan oleh doktor atau ahli farmasi mengenai ubat tersebut sama ada boleh membuatkan anda ‘lali’ atau tidak.
Baca juga: 4 Jenis Ubat Batuk Popular Ini Ada FUNGSI BERBEZA, Minum Yang Betul Baru Cepat Sembuh!
SENARAI UBAT SELSEMA TAK MENGANTUK & MENGANTUK, PILIH BETUL-BETUL!

Foto:Freepik
#UBAT SELESEMA TAK MENGANTUK
1.Adezio
Adezio boleh melegakan simptom yang berkaitan dengan bersin, gatal, hidung berair, kesesakan hidung, dan mata berair pada orang dewasa dan kanak-kanak 2 tahun ke atas.
Adezio sejenis ubat selsema tak mengantuk bila dimakan tetapi anda mungkin akan mendapat kesan sampingan seperti sakit kepala, pening, gelisah, mulut kering, ketidakselesaan gastrousus dan hipersensitiviti.
2.Simtec
Simtiec termasuk dalam jenis ubat yang dipanggil antihistamina yang berbentuk tablet. Ia digunakan untuk melegakan simptom yang berkaitan dengan rinitis bermusim (demam alergi) dan rintis perennial (berlaku sepanjang tahun), seperti bersin, hidung berhingus atau tersumbat dan gatal-gatal, mata berasa gatal-gatal kemerahan dan berair.
3.Ezede-D
Ubat selsema jenis sirap ini sesuai untuk hidung tersumbat kerana mengandungi decongestants dan tidak menyebabkan mengantuk.
4.Telfast
Table Telfast tidak membuat anda mengantuk dan mempunyai keberkesanan cepat serta tahan 24 jam. Ubat selsema tak mengantuk ini boleh digunakan untuk melegakan simptom hayfever (rinitis alergi bermusim) seperti bersin, gatal, mata berair atau merah, gatal, hidung tersumbat atau berair.
5.Loratadine
Loratadine digunakan untuk memberi kelegaan sementara kepada simptom demam seperi gejala bersin, hidung berair, dan mata, hidung, atau tekak gatal. Ubat ini juga termasuk dalam kelas ubat yang dipanggil antihistamin yang boleh didapati dalam bentuk tablet dan syrup.
6.Clarinase
Ia membantu mengurangkan gejala alahan dengan mencegah kesan bahan yang dipanggil histamin. Histamin ini dihasilkan oleh badan sebagai tindak balas kepada bahan yang badan anda alah. Seperti ubat-ubatan lain, Clarinase juga mempunyai kesan sampingan tertentu yang paling biasa seperti loya, cirit-birit, mulut kering, muntah, ruam kulit, dan keletihan.
7.Carinox
Carinox adalah ubat selsema tak mengantuk yang sangat popular. Ia boleh didapatkan dalam bentuk tablet untuk mengatasi masalah hidung tersumbat.
#UBAT SELESEMA MENGANTUK

Foto: Freepik
1.Chloramine
Chloramine sejenis ubat selsema berbentuk tablet yang sesuai untuk mengatasi masalah hidung yang berair dan tidak tersumbat. Ubat ini boleh menyebabkan rasa mengantuk, rasa pening, kekeringan pada mulut, tekak dan hidung, denyutan jantung laju, penglihatan kabur, lendir tebal di dalam hidung atau tekak, kekeliruan, sukar atau sakit semasa buang air kecil.
2.Peace Syrup
Peace Syrup digunakan untuk melegakan bersin, hidung tersumbat and berair yang disebabkan oleh alahan yang bermusim dan penyebab lain yang tidak diketahui.
Bagi anda yang menggunakan ubat ini, anda mungkin akan mengalami kesan sampingan seperti kekeringan mulut, hidung dan kerongkong, sedasi, kesan mengantuk, pening, tekanan darah rendah, sakit kepala, loya, muntah, degupan jantung laju, anoreksia, sakit di kawasan epigastrik, dan pemekatan rembesan kahak.
3.Polarax Syrup
Ubat selsema jenis syrup ini sesuai untuk hidung berair sahaja bukannya tersumbat kerana mengandungi dexchlorpheniramine tetapi boleh menyebabkan mengantuk.
4.Corified
Corified boleh didapatkan dalam bentuk tablet khusus untuk mengawal masalah hidung tersumbat. Dinasihatkan bagi anda yang makan ubat ini untuk elak dari memandu kerana ia boleh memberi kesan mengantuk.
5.Antihistamin
Antihistamin seperti cetirizine (Zyrtec), loratidine (Claritin) dan fexofenadine (Allegra) sering dipasarkan sebagai ubat selsema. Antihistamin, bagaimanapun lebih membantu dalam merawat gejala hidung berair, bersin dan gatal, mata berair yang dikaitkan dengan alahan dan tidak semestinya disebabkan oleh selsema. Diphenhydramine (Benadryl), brompheniramine, dan chlorpheniramine adalah antihistamin dengan kesan sampingan mengantuk.
*Jadi, nanti kalau ambil ubat di farmasi secara sendiri pastikan untuk minta ubat berdasarkan anda mahu mengantuk atau tidak ya!
Baca juga: Tak Sangka 2 Bahan Semula Jadi Ini Boleh Jadi Ubat Batuk Berkahak Paling Sedap!
Sumber: Overlake Hospital, Hello Doktor