Sihat

Panduan Cara Makan Ubat Ketika Dalam Bulan Puasa, Ikut Jadual Ini & Jangan ‘Skip’!

7
SHARES
jadual makan ubat

Semenjak masuknya bulan Ramadan, banyak aktiviti yang dilakukan seharian perlu diubah kerana pada waktu siang seluruh umat Islam diwajibkan berpuasa. Ini juga termasuk jadual makan ubat yang kebiasaanya dimakan 3 kali atau 4 kali sehari, perlu diubah dengan cara yang betul.

Penting untuk anda ambil tahu mengenai hal ini terutama jika anda wajib mengambil ubat tersebut setiap hari tanpa gagal. Berikut merupakan jadual pengambilan ubat yang betul sepanjang Ramadan ini.

Baca juga: Ustaz Kongsi Cara Ikhtiar Rawat ‘Racun’ Dalam Badan Guna Mandian Limau, InsyaAllah Segar!

JADUAL MAKAN UBAT YANG BETUL DI BULAN PUASA

jadual makan ubat

Foto: Freepik

Sebenarnya, terdapat kaedah pengubahsuaian waktu makan ubat yang boleh diikuti oleh pesakit yang berpuasa. Pada 2013, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengeluarkan Panduan Berpuasa bagi Pesakit yang mengkategorikan jenis-jenis ubat yang boleh membatalkan puasa dan sebaliknya.

Ubat yang boleh membatalkan puasa:

-Ubat biji dan minum
-Ubat yang dimasukkan ke dalam vagina termasuk pesari dan prosedur cucian
-Ubat yang dimasukkan ke dalam dubur, seperti supositori dan enema
-Ubat bius menyeluruh (yang melibatkan gas)
-Ubat inhaler untuk rawatan penyakit asma dan penyakit paru-paru kronik

Ubat yang tidak membatalkan puasa:

-Ubat titis mata, hidung dan telinga (dengan syarat tidak sampai batas gegendang telinga)
-Tablet sublingual (bawah lidah) dengan syarat diletakkan di bawah lidah dan tidak ditelan
-Semua bentuk suntikan sama ada melalui lapisan kulit, otot, sendi atau salur darah.
-Ubat jenis sapu (krim atau salap) dan plaster
-Ubat kumur
-Ubat sembur hidung (dengan syarat tidak disedut)
-Ubat bius setempat dan bius separuh

Jadi, ramai yang tertanya bagaimana pula dengan individu yang perlu mengambil ubat sebanyak 3 kali atau 4 kali sehari? Panduan cara makan ubat ketika berpuasa berikut menunjukkan cadangan waktu makan ubat mengikut kesesuaian waktu makan pada bulan Ramadan bagi ubat yang perlu dimakan atau diminum.

Pesakit dinasihati untuk berbincang dengan doktor atau ahli farmasi untuk mendapatkan penerangan lanjut tentang pengubahsuaian waktu makan ubat yang boleh dilakukan.

jadual makan ubat

*Apabila tiba waktu berbuka puasa, pesakit perlu berbuka puasa dengan makanan yang ringan seperti kurma atau minuman manis dan kemudian mengambil ubat. Pesakit hanya boleh menikmati hidangan utama selepas 1 jam selepas pengambilan ubat.

Baca juga: Hukum Hidu Minyak Angin Atau Herba Terapi Ketika Berpuasa, Jangan Ada Rasa ‘Sedap-Sedap’

Sumber: MyHealth

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×