Famili

Termakan Ubat Tamat Tempoh Punca Anak Pengsan, Ibu Ini Pesan Kena Berhati-Hati!

2
SHARES
ubat tamat tempoh

Baru-baru ini tular mengenai satu video perkongsian seorang ibu yang memaparkan kisah di mana anaknya terpaksa dikejarkan ke hospital akibat makan ubat tamat tempoh dari tarikh sepatutnya.

Kejadian ini sudah tentunya membuatkan si ibu panik kerana selepas anak perempuannya makan ubat tersebut, dia secara tiba-tiba muntah dan menjerit menyatakan badannya gatal. Pada mulanya ibu hanya menyangka itu sengaja dibuat-buat.

Baca juga: Tak Sama Semuanya, Kena Pilih Termometer Mengikut Usia Anak

BAHAYA KALAU TERMAKAN UBAT TAMAT TEMPOH

UBAT TAMAT TEMPOH

Namun keadaan menjadi semakin huru-hara apabila badan anaknya mula dinaiki ruam, mulut bengkak dan berbuih-buih serta tumbang tidak sedarkan diri.

Melihat kejadian itu berlaku di depan mata, mereka semua bergegas ke hospital dan mendapati bacaan oksigen rendah dan ia sangat membahayakan. Kakitangan hospital menjalankan tugas masing-masing demi menyelamatkan nyawa remaja perempuan itu.

Jadi, ibu bapa dinasihatkan sentiasa peka dengan tarikh luput setiap ubat di rumah kerana risau akan menyebabkan perkara tidak diingini berlaku.

Pastikan ubat disimpan dengan betul dan selamat seperti cara di bawah:

– Simpan ubat dalam bekas asal. Jangan tanggalkan label yang ada di botol ubat.

– Simpan di tempat yang susah dilihat atau dicapai oleh kanak-kanak.

– Simpan di tempat yang selamat dan mudah dicari.

– Asingkan jenis ubat seperti ubat makan dan ubat kegunaan luar (krim, ubat titis dan lain-lain).

Simpan mengikut suhu yang disarankan iaitu di dalam ruang tengah peti sejuk untuk ubat titis mata, insulin, suspensi antibiotik yang sudah dibancuh. Manakala tempat bilik berhawa dingin untuk kapsul gel lembut dan suhu bilik bagi ubat tablet dan kapsul.

BERAPA LAMA UBAT BOLEH GUNA?

ubat tamat tempoh

Dinasihatkan jangan simpan ubat di dalam kereta dengan jangka masa panjang. Jangan biarkan ubat terdedah kepada cahaya matahari, suhu tinggi dan kawasan lembap. Akhir sekali, jangan simpan ubat yang sudah tamat tempoh.

Semoga bermanfaat buat semua pembaca SirapLimau. Jaga keselamatan dan kesihata ya.

Baca juga: Senarai Ubat Untuk Bawa Balik Kampung, Jangan Ada Yang Tertinggal!

Sumber: TikTok Msrs, MyHEALTH & Jabatan Kesihatan Sabah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×