Sihat

Tak Sama Semuanya, Kena Pilih Termometer Mengikut Usia Anak

10
SHARES

Bila anak demam, ibu ayah pasti akan mula panik. Langkah pertama dilakukan adalah mengambil bacaan suhu untuk memastikan badan terlalu panas atau tidak.

Walau bagaimanapun, ibu ayah perlu tahu jenis termometer mengikut usia anak dan cara yang betul mengambil bacaan suhu. Bukan semua sama dan boleh digunakan bila-bila masa.

Baca juga: Posisi Tidur Anak Ada Kaitan Dengan Karakter Mereka Rupanya, Baru Tahu!

JENIS TERMOMETER YANG SESUAI MENGIKUT UMUR ANAK

JENIS TERMOMETER

Oleh itu, terdapat tiga jenis termometer iaitu:

TERMOMETER DIGITAL

Termometer ini menggunakan deria haba elektronik untuk membaca suhu badan. Ia boleh digunakan di rektum, mulut dan ketiak. Suhu ketiak biasanya paling kurang tepat daripada ketiga-tiganya.

TERMOMETER TELINGA DIGITAL

Termometer jenis ini menggunakan pengimbas inframerah untuk membaca suhu di dalam saluran telinga. Perlu diingatkan bahawa tahi telinga atau saluran telinga yang kecil boleh mengganggu ketepatan suhu termometer telinga.

TERMOMETER ARTERI 

Termometer jenis ini membaca suhu di dahi. Walaupun semasa kanak-kanak sedang tidur, ia masih lagi boleh digunakan.

GARIS PANDUAN MENGIKUT USIA

JENIS TERMOMETER

Jenis temometer dan cara menggunakannya berbeza-beza mengikut garis panduan umur seperti di bawah:

NEWBORN – 3 BULAN

Gunakan termometer digital biasa untuk mengambil suhu rektum. Kajian mendapati bahawa termometer arteri temporal mungkin juga memberikan bacaan yang tepat.

3 BULAN – 4 TAHUN

Dalam lingkungan umur ini, anda boleh menggunakan termometer digital untuk mengambil suhu rektum, ketiak atau boleh menggunakan termometer arteri temporal.

Walau bagaimanapun, tunggu sehingga bayi berusia sekurang-kurangnya 6 bulan untuk menggunakan termometer telinga digital.

4 TAHUN KE ATAS

Apabila memasuki umur 4 tahun, ibu boleh menggunakan termoter digital di bawah lidah kerana mereka sudah pandai menahan objek.

Selain itu, boleh juga menggunakan termometer digital untuk mengambil suhu di bahagian ketiak.

Untuk suhu di bahagian rektum:

– Hidupkan termometer digital dan letakkan jeli petroleum di bahagian depan. Baringkan bayi, angkat paha dan masukkan termometer yang dilincirkan 1/2 hingga 1 inci (1.3 hingga 2.5 sentimeter) ke dalam rektum.

Untuk suhu mulut:

– Hidupkan termometer digital. Letakkan hujung termometer di bawah lidah anak dan tutup mulut. Keluarkan termometer apabila selesai.

Untuk suhu ketiak:

– Hidupkan termometer digital. Letakkan di bawah ketiak dan pastikan ia menyentuh kulit.

Untuk suhu telinga:

– Hidupkan termometer. Letakkan termometer perlahan-lahan di telinga anak. Ikut arahan yang disertakan untuk memastikan termometer pada jarak yang betul ke dalam saluran telinga.

Sekiranya bacaan suhu terlalu tinggi, segera bawa ke klinik berdekatan.

Baca juga: Ini Senarai Minyak Angin Terbaik & Berkesan Untuk Legakan Masalah Kembung Perut Bayi Anda!

Sumber: Mayo Clinic

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×