Sihat

Elak 8 Makanan Ini Sebelum Makan Ubat, Kalau Buat Ubat Itu Jadi Tak Berkesan!

23
SHARES
CARA MAKAN UBAT

Pelik tak, bila makan ubat tetapi masih lagi tidak sihat? Rupanya cara makan ubat anda salah kerana dicampur dengan beberapa makanan dan minuman lain.

Perkara ini boleh berlaku apabila makanan/minuman yang diambil memberi kesan kepada bahan dalam ubat dan menyebabkan ubat tersebut tidak berfungsi. Jadi, sebelum makan ubat, elakkan beberapa senarai seperti perkongsian di bawah.

Baca juga: Tak Sangka Rupanya Buah Mata Kucing Boleh Cantikkan Kulit, Patutlah Ramai Yang Suka!

CARA MAKAN UBAT DENGAN BETUL, ELAK SENARAI DI BAWAH INI

CARA MAKAN UBAT

Elakkan ambil makanan dan minuman ini sebelum makan ubat:

1. Produk tenusu

Pengambilan produk tenusu sebelum makan ubat seperti antibiotik iaitu tetracycline dan ciprofloxacin, boleh mengurangkan keberkesanan ubat.

Jadi, elakkan pengambilan sebarang produk tenusu sebelum makan ubat.

2. Grapefruit (Limau gedang)

Buah limau gedang dan jusnya boleh menyebabkan ubat tidak berkesan. Hal ini kerana ia akan mengganggu cara ubat dipecahkan ketika di dalam badan dan membawa kepada risiko sampingan lain.

3. Makanan berserat tinggi

Cara makan ubat dengan betul adalah anda perlu mengelakkan makanan berserat tinggi, seperti bijirin penuh, kekacang, buah-buahan dan sayur-sayuran mentah. Hal ini boleh mengganggu penyerapan ubat tertentu, seperti ubat tiroid dan antidepresan.

4. Minuman alkohol

Pengambilan alkohol sebelum makan ubat boleh meningkatkan rasa mengantuk, pening dan penglihatan terjejas. Sebaiknya elakkan minuman alkohol sepanjang pengambilan ubat.

5. Coklat

Pengambilan coklat sebelum makan ubat boleh menyebabkan ubat tidak berkesan.

6. Kopi

Umum mengetahui, kandungan kafein di dalam kopi boleh mengakibatkan ubat tidak berkesan. Pastikan anda tidak minum air kopi sebelum makan ubat.

7. Ginseng

Sekiranya anda mengambil ubat seperti Warfarin, Antihypertensive dan MAOIs, elakkan pengambilan ginseng sebelum makan ubat.

Ini akan menyebabkan tekanan darah meningkat, insomnia, sakit kepala dan menggeletar.

8. Kunyit

Walaupun kunyit berfungsi sebagai anti inflamatori yang mampu merawat masalah usus, hati dan penyakit kulit serta luka namun perlu berhati-hati kerana ia tidak sesuai dipadankan dengan beberapa ubat lain.

Pengambilan kunyit sebelum makan ubat boleh menyebabkan pendarahan, iritasi perut, asid dalam perut meningkat dan ubat tidak berkesan.

Jadi, pastikan anda baca arahan di label ubat untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.

Semoga artikel ini memberi manfaat!

Baca juga: Doktor Kongsi Rahsia Miliki Badan Bertenaga & Sihat Sampai Tua, Rugi Kalau Tak Ikut!

Sumber: Glenaegles Hospital & MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×