Cantik

Alamak! Malu Paha Besar Semacam, Cuba 8 Tips Ini, Barulah Macam Kaki Model!

15
SHARES
TIPS KECILKAN PAHA

Mempunyai kaki yang panjang, peha yang tidak berlemak dan besar merupakan idaman setiap wanita. Maklumlah asyik tengok kaki model berjalan dalam televisyen, oh cantiknya! Mungkin ada juga dalam kalangan kita yang mempunyai bahagian atas badan yang kurus tetapi peha besar, tak seimbang dibuatnya. Jadi, berikut merupakan 8 tips kecilkan peha yang besar supaya anda pun boleh merasa ada kaki persis model.

8 TIPS KECILKAN PEHA BESAR

tips kecilkan peha

1.MULAKAN DENGAN SENAMAN TARGET BAHAGIAN PEHA

Seperti yang anda tahu, aktiviti seperti squat, lunges dan angkat berat merupakan antara senaman yang dapat menguatkan otot di bahagian kaki terutama sekali peha. Kalau anda mempunyai angan-angan nak dapatkan kaki ibarat model Victoria Secret, senaman sebeginilah yang perlu diberi perhatian.

2.KAWAL PENGAMBILAN GARAM

Pengambilan garam yang tinggi dalam makanan sebenarnya menghalang pengeluaran lebihan air dalam badan seterusnya menyebabkan sebu. Menurut pakar, lebih banyak kandungan garam di dalam makanan lebih banyak kandungan air yang tertinggal dalam badan. Inilah yang menyebabkan gangguan kepada bahagian buah pinggang.

Menurut saranan American Heart Association, kita hanya memerlukan sebanyak 1,500 miligram sodium sehari tetapi ramai yang sudah terlebih!

3. TAMBAH PENGAMBILAN ELEKTROLIT

Apa itu elektrolit? Kalau anda perasan, kandungan elektrolit sangat mudah ditemui dalam minuman sukan sebagai penambah tenaga. Kandungan elektrolit seperti kalsium, magnesium dan potassium boleh didapati dalam pelbagai jenis makanan sihat yang turut dijual di pasaran.

Lebih banyak kandungan elektrolit yang diambil setiap hari, ini dapat membantu menstabilkan kandungan air dan garam dalam badan. Antara makanan yang tinggi dengan elektrolit adalah sayuran hijau, yogurt dan pisang.

tips kecilkan peha

4.BAWA BOTOL AIR KEMANA SAHAJA

Seringkali kita dengar bahawa pengambilan air kosong bersih yang cukup dapat memberi manfaat yang banyak kepada badan. Begitu juga kalau anda mahu kecilkan paha, minum air dengan cukup dapat membantu dalam masa yang singkat. Proses mengalirkan bahan-bahan negatif dalam badan seperti garam berlebihan akan berlaku sekiranya anda minum air dengan cukup. Jadi, bawalah botol berisikan air kosong bersih kemana sahaja anda pergi supaya dapat minum dan kekal hidrasi.

5.MAKAN SUMBER PROTEIN DAN FIBER

Makanan dari sumber protein dan fiber yang tinggi sebenarnya bukan sahaja dapat membantu mengecilkan bahagian paha, malah seluruh badan anda! Pakar menyarankan untuk mengambil keseluruhan 25-35 gram fiber dan 75-100 gram protein sehari merangkumi sayur-sayuran, buah, bijirin dan daging tanpa lemak.

6.TIDUR SECUKUPNYA

Menurut Dr.Fitch di Women’s Health Magazine, apabila anda tidak mempunyai tidur yang cukup akan menyebabkan nafsu makan benda tak berkhasiat membuak-buak! Antara jenis makanan yang anda akan mudah ‘craving’ adalah makanan tinggu karbohidrat dan lemak. Penat kan bila tak cukup tidur?

tips kecilkan peha

8.BERSEDIA UNTUK BERJALAN!

Berjalan atau ‘brisk walk’ antara langkah mudah untuk biarkan badan terbiasa dengan senaman mengecilkan peha. Tak payah susah-sudah pergi gym dan tak perlu keluarkan kos, balik dari kerja pun dah boleh buat aktiviti berjalan di taman berdekatan rumah. Mungkin hasilnya tidak sepantas kilat namun anda akan mempunyai kaki yang kuat dan lebih bertona.

Apa yang anda boleh lakukan bagi mendapatkan peha yang cantik adalah dengan lakukan aktiviti brisk walk ini tiga kali seminggu selama 30 minit setiap sesi.

*Dah cantik dan slim ke paha tu?

Sumber: Women’s Health

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×