Riadah/Relax

Boleh Bakar Lemak Dengan Cepat! Ini Kebaikan Senaman Burpees Untuk Cepat Kurus

73
SHARES
senaman burpee

Kebaikan Senaman Burpees : Memang Berbaloi Rasa Penatnya! 

Pernahkan anda buat senaman burpees? Nampak macam senang kan? Tapi sebenarnya senaman ini cukup memenatkan bila kita buat.

Senaman yang melibatkan hampir seluruh otot badan ini sebenarnya ada banyak manfaatnya dan berkesan untuk membakar lemak degil lebih-lebih lagi di bahagian perut dan paha.

Jom kita kenali kebaikan senaman burpees!

Sebenarnya banyak kebaikan senaman burpees untuk fizikal anda.

5 Kebaikan Senaman Burpees

Antara kebaikan senaman burpees adalah :

  1. Dapat Melatih Banyak Otot Dalam Satu Senaman

Memang berbaloi dengan kepenatan yang anda hadapi bila anda lakukan burpees.

Mana taknya, ia adalah antara senaman yang terbaik untuk seluruh tubuh (total body workout).

Antara kawasan otot yang dapat dilatih dalam senaman burpees adalah bahu, lengan, abdomen, hamstring, gluteus dan quadriceps.

kebaikan burpees

Kredit Foto : axfitness.com

  1. Dapat Membakar Kalori dan Lemak Secara Berkesan

Antara kelebihan senaman burpees ialah ia merupakan latihan kardio dan kekuatan dalam satu rutin.

Ini menjadikan senaman ini sesuai bagi membakar kalori dan lemak.

Dalam satu minit, senaman burpess berupaya untuk membakar lemak sehingga 15 kalori!

  1. Baik Untuk Melatih Kekuatan Abdomen

Ramai yang inginkan bahagian perut yang lebih kempis dan abdomen yang lebih berotot.

Ia bukan sahaja membantu meningkatkan rupa fizikal yang menarik semata-mata, malah kekuatan abdomen sebenarnya sangat penting bagi meningkatkan kestabilan badan dan mengurangkan risiko kecederaan.

Jika anda mencari senaman yang dapat fokus pada abdomen, anda bolehlah mencuba burpees!

  1. Dapat Membaiki Postur dan Fleksibiliti Badan

Burpees bukan sahaja dapat melatih otot abdomen bagi meningkatkan kestabilan badan, malah ia juga baik bagi membaiki postur badan.

Pergerakannya yang menggunakan banyak otot pada satu masa juga dapat melatih badan untuk lebih fleksibel.

Bila anda lakukan burpees secara konsisten, anda pasti akan rasa badan lebih kuat dan fleksibel serta kesihatan anda lebih meningkat.

  1. Baik Untuk Kesihatan Jantung

Senaman burpees merupakan antara senaman intensiti tinggi yang paling baik bagi meningkatkan kesihatan jantung.

Senaman ini memerlukan kadar oksigen yang tinggi berbanding senaman lain.

Ketika anda melakukan burpees, jantung anda akan berfungsi dengan lebih kuat bagi membekalkan tenaga pada pelbagai otot.

Para saintis juga sering menggunakan burpees bagi mengukur tahap kesihatan kardiovaskular seseorang.

Cara Melakukan Senaman Burpees

  1. Berdiri dengan keadaan tangan di sisi.
  2. Lakukan squat sehingga tangan mencecah lantai.
  3. Gunakan tangan bagi menyokong badan. Lompatkan kedua-dua kaki ke belakang. Pastikan kaki anda landing dengan keadaan badan dalam posisi plank.
  4. Lakukan 1 push up kemudian kembali pada posisi plank.
  5. Lompatkan kaki semula ke hadapan menghampiri tangan. Posisi anda perlulah kembali pada keadaan squat.
  6. Bangkit daripada lantai dan lompat ke udara. Posisi terakhir anda mestilah dalam keadaan berdiri tegak.
  7. Ulangi pergerakan mengikut kemampuan fizikal masing-masing.

Rujuk video di bawah untuk teknik senaman Burpees :

 

 

(Sumber: BERNAMA)

Modify Burpees Ikut Kemampuan Fizikal

Kebanyakan orang takut dengan burpees kerana memang sukar untuk dilakukan jika tidak biasa lebih-lebih lagi bagi yang bersaiz badan agak besar.

Jangan risau kerana senaman ini boleh diubah mengikut tahap stamina dan fizikal masing-masing.

Antara modifikasi yang boleh dibuat dalam senaman burpees adalah :

  1. Tidak perlu pushup : Jika anda tidak mampu untuk push up, skip sahaja dengan push up dan teruskan pergerakan lain.
  2. Tidak perlu lompatan : Memang mengah bila dah berdiri. Jika tidak larat, anda bolehlah berdiri sahaja tanpa lakukan lompatan.

Lepas badan dah biasa dan dah dapat stamina yang lebih stabil, bolehlah advance kepada pergerakan burpees biasa.

kebaikan senaman burpees

Tips Penting Untuk Beginner

Seperti senaman lain, keberkesanan senaman burpees akan anda dapati jika anda lakukan dengan betul. Ini juga penting bagi mengelakkan kecederaan.

Antara tips penting bagi yang ingin mulakan senaman burpees ialah :

  1. Jangan paksa diri. Mulakan dengan perlahan dan ulangan yang sedikit dahulu. Bila badan sudah biasa, barulah tambah lagi ulangan.
  2. Untuk beginner, anda bolehlah mulakan dengan 8 ke 10 kali ulangan dalam 1 set. Berhenti sebentar untuk berehat jika mahu ulangi set.
  3. Jangan lakukan pergerakan terlalu cepat. Disebabkan senaman ini memerlukan badan anda untuk turun lakukan push up, burpees dapat mengakibatkan tekanan pada pergelangan tangan dan bahu. Hati-hati dengan kelajuan senaman supaya otot tak cedera.

Burpees memang cukup memenatkan dan menyeksakan bagi yang baru berjinak-jinak dalam senaman.

Namun, segala penat lelah anda cukup berbaloi kerana senaman burpees memang cukup banyak manfaatnya.

Ia juga sesuai dilakukan di rumah dan tidak memerlukan sebarang peralatan khas. Cukup dengan ruang yang lapang dan permukaan yang rata, anda boleh ulangi senaman ini di mana sahaja.

Seperkara lagi, senaman burpees ini adalah rutin berintensiti tinggi. Ia mungkin tidak sesuai bagi sesetengah orang yang mempunyai masalah kesihatan.

Jika anda tidak pasti, anda bolehlah dapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu bagi memastikan burpees selamat untuk anda amalkan.

 

Sumber :

 

 

 

 

 

 

 

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×