Sihat

Peluh Mencurah-curah! Ini 4 Kebaikan Senaman ‘Mini Stepper Exercise’ & Tips Menggunakannya

4.2K
SHARES
stepper exercise malaysia

KEBAIKAN SENAMAN ‘MINI STEPPER EXERCISE’. BOLEH KURUSKAN BADANKAH?

Sejak pandemik yang melanda negara, kita semakin banyak menghabiskan masa di rumah. Gaya hidup menjadi kurang aktif dan badan juga semakin lesu akibat jarang keluar rumah.

Disebabkan norma stay-at-home ini juga, tiba-tiba mini stepper machine ni menjadi viral di seluruh Malaysia.

Walaupun mesin ini mempunyai rekaan yang ringkas dan bersaiz kecil, sebenarnya ia dapat membantu meningkatkan lagi kesihatan fizikal.

Jom kita kenali kebaikan senaman ‘mini stepper machine’ untuk kesihatan tubuh!

Apa Itu ‘Mini Stepper Exercise Machine’ ?

‘Mini stepper machine’ ialah alatan bersenam yang mempunyai dua plat untuk melangkah kaki yang dilengkapi dengan motor dan skrin.

Sesetengah model ‘mini stepper machine’ juga didatangkan dengan ‘stretch band’ bagi yang mahu lakukan senaman untuk bahagian atas badan.

Kredit Foto : amazon.co.uk

Kebaikan ‘Mini Stepper Exercise’ Untuk Kesihatan Fizikal

1. Senaman Impak Rendah Yang Sesuai Untuk Semua

Untuk memulakan rutin senaman, seseorang perlulah mencari jenis senaman yang sesuai bergantung kepada berat badan dan usia. Ini bagi mengurangkan risiko kecederaan akibat impak yang tinggi pada sendi atau otot.

Penggunaan ‘mini stepper machine’ merupakan senaman berimpak rendah (low impact workout) yang sesuai untuk semua kerana ia tidak melibatkan pergerakan yang beban yang terlalu kuat pada sendi dan otot.

Senaman ‘mini stepper machine’ yang ringkas ini memudahkan seseorang untuk berasa lebih selesa dan konsisten untuk kekal aktif.

Kredit Foto : medicalnewstoday.com

2. Sesuai Untuk Kesihatan Jantung

Pergerakan senaman ‘mini stepper machine’ yang mimik aktiviti ‘jogging’ atau ‘brisk walking’ ini juga didapati sangat baik dalam meningkatkan kesihatan jantung.

Menurut Dr. James Levin dari Mayo Clinic, anda disarankan mengamalkan senaman ‘mini stepper machine’ selama 150 minit seminggu bagi meningkatkan ketahanan sistem kardiovaskular.

Jantung yang lebih sihat juga dapat melatih stamina anda untuk melakukan aktiviti yang lebih mencabar seperti berbasikal atau mendaki bukit.

3. Membantu Untuk Melatih Otot

Senaman dengan ‘mini stepper machine’ ini menggunakan otot yang sama ketika kita berjalan atau menaiki tangga. Oleh itu, senaman ini juga baik untuk melatih dan meningkatkan daya tahan otot pada bahagian bawah badan seperti otot abdomen, hamstring, quadriceps dan pinggul.

Pastikan anda membuat regangan badan dahulu sebelum memulakan senaman bagi mengelakkan sebarang kecederaan.

 

4. Membakar Kalori & Mengurangkan Berat Badan

Walaupun senaman ini berimpak rendah, namun ia juga dapat membantu dalam membakar kalori dan menurunkan berat badan.

Menurut pakar kesihatan, bagi mendapatkan kesan pada penurunan berat badan, anda mestilah menambah selang intensiti tinggi dalam rutin senaman anda.

Ini dapat meningkatkan lagi kadar metabolisma badan untuk membakar lebih banyak lemak.

Menurut sebuah laman web, kalori yang boleh dibakar menggunakan alat senaman mini stepper ini adalah bergantung kepada intensiti senaman dan waktu anda menggunakannya.

Secara anggaran, kalori yang dibakar adalah seperti berikut:

  • 5 minit – 29 kcal
  • 10 minit – 58 kcal
  • 20 minit –  117 kcal
  • 30 minit – 175 kcal
  • 45 minit – 263 kcal
  • 1 jam – 350 kcal

Baca juga: 7 Kesan & Kelebihan Senaman Plank Jika Dibuat Setiap Hari

Berminat Untuk Memulakan ‘ Stepper Exercise ’ ? Ini Tips Berguna Buat Anda

  • Beli ‘mini stepper machine’ yang mempunyai warranty, jenama dan tetapan yang berkualiti.
  • Memang ada stepper yang murah cuma risau jika digunakan secara heavy duty, ia akan berbunyi apabila dipijak dan menyebabkan ketidakselesaan. Tapi kalau sekadar nak mencuba boleh beli yang murah dulu kemudian apabila dah konsisten menggunakannya barulah upgrade kepada yang lebih baik.
  • Anda juga boleh dapatkan ‘mini stepper machine’ yang lengkap dengan ‘stretch band’ untuk menambah senaman bahagian lengan.
  • Bagi mengelakkan kebosanan, ubah suai senaman ‘mini stepper machine’ dengan menambah intensiti.
  •  Bagi menggunakan mesin ini, anda perlulah pandai mengimbangi badan.
  • Anda boleh beli mesin yang dilengkapi dengan pemegang atau letakkannya berdekatan dengan dinding bagi mengelakkan risiko terjatuh.

Tips / Cara Menambah Intensiti Senaman Dengan ‘Mini Stepper Machine’ :

  • Mulakan dengan pergerakan ‘warm up’. Lakukan pergerakan dengan kelajuan biasa selama 3 hingga 5 minit tanpa rintangan (resistance).
  • Tingkatkan rintangan dan bersenam dengan kelajuan tinggi selama 15 ke 30 saat.
  • Alihkan rintangan dan lakukan pergerakan kelajuan biasa selama 30 ke 60 saat
  • Ulangi selama 10 kali. Anda boleh ubahsuai rutin mengikut ketahanan badan.
  • Lakukan ‘cool-down’ dengan kelajuan perlahan selama 3 ke 5 minit.

Kredit Foto : shopify.com

Dengan adanya ‘mini stepper machine’ ini, anda tidak perlu lagi bersiap untuk ‘jogging’ atau ‘brisk walk’ di luar. Ia juga senaman yang baik untuk anda lakukan di dalam rumah.

Anda juga boleh lakukan senaman ini sambil menonton rancangan TV kegemaran anda. Harga mesin ini juga berpatutan dan tidak memakan banyak ruang disebabkan saiznya yang kecil dan ringan.

Jika dah bosan dengan senaman di rumah seperti aerobik atau lompat tali, tak salah mencuba ‘mini stepper machine’ ni pula kan?

Baca juga: Simple Tapi Boleh Cepat Kurus, Ini 6 Kebaikan Skipping Ramai Tak Tahu!

Sumber rujukan :

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×