Cantik

Ingatkan Boleh Masak Kari Je, Rupanya Boleh Guna Dengan Bahan Ini Elak Uban

2
SHARES

Bayangkan umur belum mencecah 40 tahun, tapi rambut sudah mula putih. Tiada siapa yang mahu mengalami keadaan seperti itu. Boleh tertekan jadinya kerana ia mungkin akan menjejaskan imej seseorang.

Jangan lupa semakin meningkat usia, semakin banyak perubahan pada tubuh. Ada yang mengalami masalah rambut beruban pada usia yang muda dan ada yang mengalaminya apabila berusia 30an dan ke atas.

Baca juga: Cara Tanam Pokok Kesum Guna Keratan Pucuk Dengan Teknik Hidropot, Jimat Air & Masa!

“Wow, berkilat rambut Cik Pah! Panjang lebat dan tak ada uban. Macam mana Cik Pah jaga?

Rambut pun tak makan usia ya? “Saya bertanya terkejut melihat rambut wanita yang berusia nak masuk usia 55 tahun yang saya panggil Cik Pah.

Kami saling mengenali sudah lama. Dulu Cik Pah ini pernah membuka saloon rambut di sekitar Kuantan pada awal tahun 90 an. Akhirnya Cik Pah tutup perniagaannya sebab suaminya sakit. Cik Pah menjaga suami dan terpaksa ulang alik ke hospital.

Baru-baru ini saya terjumpa Cik Pah semasa kenduri di rumah kawan. Kebetulan Cik Pah mengambil wuduk. Sempat mata saya menjeling melihat rambut Cik Pah ketika membuka tudungnya. Macam rambut orang muda.

Tak ada uban berkilat hitam yang pasti bukan warna rambut. Asli hitam. Jeles lah.

Cik Pah rupanya ada resipi turun temurun yang di amalkan olehnya sekeluarga. Apa lagi, bila balik rumah saya terus mencuba resipi ini.

Bahan-bahan:

  1. 3 tangkai daun kari. Ambik daun sahaja
  2. 3 sudu besar plain yogurt.

Cara membuat: 

1. Blenderkan keduanya sampai sebati.

2. Kemudian sapukan pada kulit kepala dan rambut dengan urutan yang lembut.

3. Biarkan selama 30 minit . Barulah dibilas basuh dengan syampu sehingga bersih.

4. Amalkan seminggu 1 kali.

Hasilnya, cara natural untuk penjagaan rambut.

Info tambahan: 

Merujuk kajian dari India yang dilaporkan kepada Journal of Pharmacognosy and Phytochemistry, daun kari membantu mencegah uban rambut pra-matang dan hasilnya rambut masih kekal warna hitam, lebat dan berkilat dengan kandungan Vitamin B dalam daun kari.

Sumber: Facebook Suzy Honey 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×