Sihat

Tak Payah Terpengaruh Guna Produk Pencuci Miss V, Boleh Jadi Punca Keputihan Teruk!

10
SHARES
pencuci miss v

Sudah pasti ramai yang pernah mendengar penerangan dari pakar mengenai penggunaan produk pencuci Miss V atau vagina dalam kalangan wanita. Ada yang mengatakan boleh dan ada yang memberi mendapat bahawa ini akan menjejaskan kesihatan natural bahagian sulit tersebut.

Oleh itu, Doktor Izzat menerusi laman Twitternya menjelaskan bahawa wanita sering mengalami vaginal discharge yang teruk akibat penggunaan produk-produk yang tidak sepatutnya. Jadi, tak payah guna apa-apa jenis pencuci seperti yang diuar-uar itu ya!

Baca juga: Risau Keluar Keputihan Berketul Pada Vagina, Normal Ke? Orang Perempuan Kena Tahu Ini!

TAK PAYAH GUNA PENCUCI MISS V & PRODUK BERKAITAN, MASALAH VAGINAL DISCHARGE

pencuci miss v

Pening.

More and more ladies datang dengan masalah vaginal discharge lepas guna pelbagai produk untuk miss V di pasaran.

“Miss V lebih wangi, bersih, berbau harum dan husband melekat takmau carik yang lain dah…yada yada yada”

Penggunaan produk-bukan-bukan untuk Miss V boleh mengubah vaginal pH sekaligus menganggu gugat ekosistem vaginal flora dan menyebabkan discharge dan gatal. Saya cakap banyak kali dah.

Vagina mempunyai bau tersendiri, dan unik terhadap individu. Polan A ada bau mcm ni, polan B ada bau macam tu. Itu adalah normal. Vagina should not ada bau cherry, bau nangka, bau cempedak, atau bau strawberi.

Produk yang claim akan me’wangi’ kan vagina anda atau menjadikan vagina berbau harum seperti buah-buahan adalah SCAM perubatan terbesar.

Jangan bazir duit.

Sumber: Twitter @Dr.Izzat

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×