Famili

Makcik-Makcik Marhaban Kahwin Kembali ‘Trending’, Rupanya Boleh Elak Nyanyuk Tau!

24
SHARES
marhaban pengantin baharu

Baru-baru ini mendapat perhatian ramai adalah video kumpulan marhaban di dalam perkongsian Tiktok yang dapat mengimbau kembali kenangan zaman dahulu. Mungkin sudah ramai dalam kalangan kita yang tidak mengutamakan jemputan kumpulan marhaban pengantin baharu sebelum majlis pernikahan namun ada yang masih tidak lupa dengan adat ini.

Banyak manfaat sebenarnya jika golongan ibu atau makcik-makcik menyertai kumpulan marhaban ini yang dianjurkan oleh komuniti taman perumahan. Di samping menghilangkan rasa bosan, dapat juga berkenalan dengan kawan baharu kan?

Baca juga: 10 Kesalahan Bakal Pengantin Lelaki Selalu Buat, Nombor 6 Tu Haram Ya!

KUMPULAN MARHABAN PENGANTIN BAHARU MASIH RELEVAN DALAM ADAT

marhaban pengantin baharu

Foto: www.suriaamanda.com

Menyertai kumpulan marhaban bagi golongan seusia sangat bermanfaat terutamanya bagi warga emas. Apabila berkumpul, ia dapat mengurangkan rasa keseorangan, kemurungan dan anxiety yang sering berlaku pada warga tua. Saling berbual, berkongsi pendapat dan pengalaman dapat membantu untuk kesihatan mental yang baik.

Geng marhaban boleh menjadi kumpulan sokongan dan mengukuhkan fungsi jaringan sosial. Aktiviti ini dapat meransang fungsi kognitif dan mencegah alzheimer (nyanyuk). Anda sudah pertimbangkan untuk menyertai geng marhaban? Ayuh!

1.Kesihatan mental yang baik

2.Merangsang fungsi kognitif

3.Sebagai kumpulan sokongan

4.Mengurangkan stres

5.Kukuhkan jaringan sosial

LIRIK #1

Hingga ke anak cucu..
Selamat Pengantin Baru..
Kami ucapkan..
Dipanjangkan jodoh..
Selamat berkekalan..

Cantik sungguh..muda bistari..
Kedua pengantin..suami isteri..
Hidup muafakat diberkati..
Sehingga kekal..

Marhaban Ya Nural Aini
Marhaban Ya Jaddal Husaini
Marhaban Ya Marhaban Ya
Marhaban Ya Nural Aini

LIRIK #2

Wahai Nabi ibarat purnama
Hiasan dunia sasaran harapan
Tiada yang menyamaimu
Seluruh makhluk hatta di syurga

Wahai Nabi kekasih Allah
Tolonglah kami kerana Allah
Redhalah kami sebagai umat-Mu
Moga selamat dalam syafaatmu

*Seronok tengok kumpulan makcik marhaban yang selalu menceriakan lagi majlis-majlis perkahwinan. Ada yang berhasrat nak sertai?

Baca juga: 15 Kesalahan Bakal Pengantin Perempuan SELALU BUAT, Tak Naik Seri Ketika Majlis!

Sumber: Public Health

Feature image: www.becauseimamommy.wordpress.com

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×