Deko & Hias

Rupanya Ada Cara Uji Bantal Yang Dah ‘Expired’. Boleh Beli Baru Dah Tu!

167
SHARES
cara uji bantal

CARA UJI BANTAL SAMA ADA MASIH ELOK ATAU DAH EXPIRED – BOLEH CUBA!

Bila agaknya kali terakhir anda beli bantal tidur yang baru?

Mungkin kebanyakan orang (termasuk juga kami) yang dah lama tak beli bantal baru… Yelah, yang lama masih ada dan boleh je guna kan?

Tapi, tahukah anda bahawa bantal ni pun ada expired date jugak tau!

Kebiasaannya bantal yang sudah terlalu dan melepasi ‘tarikh luput’ ini akan berasa nipis, berketul-ketul dan tidak dapat memberi sokongan yang sesuai ketika tidur.

Menurut seorang pengguna Tiktok, @mama_mila_ aka Chantel, ada cara untuk kita check sama ada bantal kita tu dah expired atau masih elok lagi.

Jom tengok caranya di bawah ini.

Cara Uji Bantal Sama Ada Masih Elok Atau Expired

Caranya mudah saja, cuba lipatkan bantal anda kepada 2.

Kemudian pegang selama 30 saat dan lepaskan.

Jika bantal anda kembali kepada bentuk asal, maksudnya bantal anda masih elok dan sesuai digunakan untuk sokongan ketika tidur.

Jika ia kekal terlipat dan tidak kembali kepada bentuk asal, maksudnya anda mungkin perlukan bantal baru!

@mama_mila_

When was the last time you went pillow shopping? ☁️ #bedroomcheck #hometips

♬ Sweet Dreams – Trinix

Walaubagaimanapun, ujian ini lebih sesuai untuk bantal sintetik. Bantal jenis poli-kluster / down pillow contohnya, sememangnya terdiri daripada material yang empuk dan boleh dibentuk walaupun baru dibeli.

Tambahnya lagi, kadangkala bantal ini walaupun dari luar kelihatan bersih dan cantik, namun di dalamnya tidaklah sebersih mana.

Seeloknya, bantal juga perlu dicuci dan dikeringkan untuk mengelakkan bakteria dan kuman.

Jadi, agaknya dah boleh beli bantal baru ke?

 

*Sumber: @mamamia via Diply

 

Baca juga : 10 Peralatan Untuk Family Camping Yang Best & Selesa!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×