Famili

10 Peralatan Untuk Family Camping Yang Best & Selesa!

134
SHARES

Nampaknya setelah sekian lama berada di rumah, orang ramai mengambil pilihan untuk keluar menghirup udara segar setelah diberi kelonggaran dalam SOP melawan endemik Covid-19. Ramai yang memilih untuk pergi hiking dan camping namun, setelah viral ramai pengunjung di kawasan rekreasi tersebut, eloklah kita tidak pergi ke kawasan tersebut. Oleh itu, ibu bapa boleh juga buat aktiviti camping ini di halaman rumah atau di lokasi rekreasi yang tidak ramai pengunjung untuk anak-anak. Ini antara 10 peralatan untuk family camping yang sesuai untuk keadaan yang selesa dan best!

Baca juga: Cara Cari Kiblat Guna Qibla Finder, Tak Payah Download Aplikasi

10 PERALATAN UNTUK FAMILY CAMPING

Ramai yang bertanya, apakah peralatan asas untuk mulakan aktiviti perkhemahan keluarga (family camping). Sebagai permulaan, yang lebih baik, anda menyewa dahulu khemah di campsite dan gunakan apa sahaja yang ada di rumah. Jika anda sekeluarga dah jatuh cinta dengan aktiviti ini dan berhajat untuk camping dengan kerap. Bolehlah mula untuk membeli peralatan yang sesuai.

Tapi tidak semestinya anda kena beli semua peralatan dalam masa yang sama, boleh di beli secara berperingkat mengikut keperluan. Yang penting jadikan hobi ini tidak membebankan.Dalam posting ini kami akan kongsi peralatan-peralatan yang biasa digunakan untuk family camping. Baca caption digambar untuk lebih detail.

1. FAMILY TENT

peratalan camping

* Kebiasaannya khemah untuk keluarga saiznya lebis besar.

* Di pasaran ada pelbagai jenis pilihan, ada yang jenis dome, jenis shelter dan ada yang jenis berbilik.

* Khemah yang besar untuk keselesaan, pastikan boleh berdiri di ruang utama khemah.

* Serta mudah kita melakukan aktiviti seperti tukar pakaian dan solat untuk org islam.

TIPS: Jika ingin beli jenis dome pastikan pilih saiz untuk 6 person ke atas, atau darabkan dengan bilang ahli keluarga, contoh: ahli keluarga 4pax, untuk keselesaan gunakan dome tent 8 person.

2. FLY SHEET / TARP

* Walaupun tidak wajib ada, tapi fly sheet sangat penting untuk family camping.

* Digunakan sebagai teduhan atau bumbung ruangan masak dan makan.

* Juga digunakan sebagai ruangan santai dan aktiviti keluarga ketika hujan.

* Tidak digalakkan mengguna kanvas biru oren kerana berat.

TIPS: Gunakan fly sheet dengan material light weight yang waterproof dan ada heat reduction

3. GROUND SHEET

* Penting juga sebagai lapisan pertama khemah anda, agar khemah anda kurang risiko untuk rosak terkena batu atau kayu.

* Juga boleh digunakan sebagai lantai di ruangan masak dan makan.

* Boleh gunakan kanvas biru oren yang boleh didapati di kedai hardware.

* Sebagai permulaan boleh juga guna banner-banner lama.

TIPS: Pastikan ground sheet tidak melebihi khemah, untuk mengelakkan air bertakung atas ground sheet ketika hujan

4. ALATAN MASAK DAN MAKAN

* Yang penting kena ada Portable Gas Stove, paling ekonomi yang gunakan gas butane dalam tin tu.

* Dapur boleh guna yang jenis besar atau kompak.

* Selain dari tu pinggan mangkuk boleh guna jenis plastik atau besi.

* Boleh bawa peralatan dari rumah, atau boleh beli peralatan yang sesuai seperi pisau, penyepit, senduk, sudip yang kecil di kedai seperti Eco Shop.

TIPS: Letak semua peralatan memasak dan makan dalam 1 container box.

5. LAMPU DAN KIPAS

* Lampu penting untuk menerangi khemah pada waktu malam, sediakan beberapa lampu yang pelbagai guna.

* Jenis yang hanging boleh digantung dalam khemah, lampu jenis spot light dapat menerangi kawasan khemah kita jika campsite agak gelap.

* Kalau nak khemah kita nampak ceria, boleh letak lampu lip lap.

* Kipas juga penting untuk pengudaraan terutamanya pada waktu malam, gunakan kipas yang portable dan menggunakan bateri untuk jimatkan space.

TIPS: Gunakan lampu dan kipas yang rechargeable, charge dengan powerbank atau plug point. Kurangkan penggunaan bateri pakai buang

6. MEJA DAN KERUSI

* Meja dan kerusi tidak terlalu penting, tapi berguna untuk berehat.

* Meja juga digunakan untuk letak dapur untuk memasak.

* Beli meja yang jenis lipat, jimat space. Boleh tambah kerusi lipat ada tempat sandar untuk santai.

7. TILAM DAN KELENGKAPAN TIDUR

* Tidur yang selesa adalah sangat penting ketika family camping, gunakan tilam yang sesuai untuk anda.

* Tilam angin adalah pilihan yang baik, kerana permukaan tanah mungkin berbatu dan berakar.

* Boleh gunakan bantal kecil dan cadar dari rumah sahaja.

* Jika camping di tempat sejuk boleh gunakan sleeping bag juga.

8. TALI-TALI

* Tali juga penting ketika family camping, bawa seberapa banyak tali yang boleh.

* Digunakan untuk membuat ampai pakaian, mengikat fly sheet dan pelbagai lagi.

TIPS: Tidak digalakkan menggunakan tali rafia, kerana kebarangkalian untuk ditinggalkan sebagai sampah sangat tinggi.

9. FIRST AID KIT

* Keselamatan jangan dilupakan, bawa peralatan kecemasan yang bersesuaian.

* Ketika berkhemah kita sangat terdedah dengan kemalangan dan kecederaan terutamanya anak-anak kita.

TIPS: Pastikan 1st aid kit berada di tempat yang mudah diambil.

10. LAIN-LAIN

* Peralatan-peralatan ini tidak begitu penting.

* Sebagai tambahan keseronokkan, anda juga boleh beli hammock untuk tujuan santai dan berehat.

* Wagon atau trolley untuk memudahkan bawa barang.

* BBQ / campfire pit sebagai tapak campfire kerana sesetengah campsite tidak benarkan anda buat pembakaran atas tanah.

Selamat bercamping!

Sumber: MyKhalishJourney

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×