Nur

Cara Cari Kiblat Guna Qibla Finder, Tak Payah Download Aplikasi!

48
SHARES

Setiap kali pergi bercuti di luar negara ataupun berkunjung ke lokasi percutian dalam Malaysia, pasti anda akan berdepan dengan masalah mencari arah kiblat yang betul untuk solat bukan? Walaupun sudah ada aplikasi dalam telefon, bukan semua yang ditunjukkan adalah tepat. Walaupun pihak hotel atau penginapan ada menyediakan tanda arah kiblat tetapi tak salah kalau kita bersedia sekiranya berada di tempat lain.  Jadi, tak payah susah susah download aplikasi kerana anda boleh guna cara cari kiblat di Qibla Finder di Google sahaja. Senang dan cepat!

Baca juga: Tips & Cara Solat Jemaah Dengan Anak Kecil Yang Betul

CARA CARI KIBLAT GUNA QIBLA FINDER, TAK PAYAH DOWNLOAD APLIKASI

qibla finder

Anda boleh taip sahaja laman web Qibla Finder di Google dan klik pautan tersebut. Tak payah download aplikasi pun untuk guna Qibla Finder ni.

Lepas tu anda ikut sahaja arahan mudah yang diberikan dan Qibla Finder akan paparkan arah kiblat di tempat anda berada. Nanti arah kiblat akan ditunjukkan melalui indikasi berbentuk Kaa’bah di skrin telefon pintar. Nak tahu lebih lanjut macam mana nak guna Qibla Finder ni, tengok video di bawah dan cara-caranya.

1.Mula-mula pergi sahaja ke Google dan cari Qibla Finder.

qibla finder

2.Kemudian, ikut sahaja arahan yang tertera sehingga anda boleh nampak ada paparan kompas di skrin.

3. Secara automatik, Qibla Finder akan memberitahu kedudukan manakah yang menghadap kiblat yang betul.

cara cari kiblat

4. Dah boleh solat dengan yakin!

VIDEO PENUH:

Jadi, dah tak susah nak cari arah kiblat di mana sahaja anda berada!

Sumber: Tiktok @chefbob.sg

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×