DIY & Kraf

Lebih 58k Perkongsian FB, Anda Kena Cuba DIY Troli Barang Ala IKEA Yang Lebih Jimat!

428
SHARES

Kelengkapan rumah yang lengkap adalah penting supaya rumah akan kelihatan lebih teratur dan kemas. Oleh itu, penggunaan rak dan troli dengan rekaan dan saiz yang betul sebenarnya dapat membantu kawasan dalam rumah anda nampak lebih luas dan tersusun. Pernah tak anda berkunjug ke IKEA dan mendapati troli barang yang dijual di sana adalah sangat berguna? Oleh itu, bagi anda yang tinggal di kawasan yang jauh dari IKEA, dah boleh buat persis troli tersebut dengan sendiri. Jom kita cuba!

DIY TROLI BARANG MACAM TROLI DI IKEA

1.BAKUL

Untuk troli ni kita guna 3 pcs bakul, sebab kita nak buat 3 tingkat. Saiz bakul pulak ikut citarasa korang la.Tapi kalau guna bakul lain nanti ukuran paip pvc tu pun lain la ye..bakul korang boleh cari kat kedai eco, sebab murah (wah promot kedai eco nampk).Tapi yang kaler putih ni memang rare la nak jumpa. Tak tau la kat tempat korang banyak ke tak.

2. Roda

Ok yang ni penting..roda. Pun dari kedai eco.(promot lg) beli 1 bungkus dapat 2 pcs roda. Tapi pastikan tapak kat roda tu jenis yang 4 segi tau. Nanti nak ikat bolt sebab takut salah beli, kat eco ada banyak jenis roda.

3. Cable tie

Cable tie guna nak ikat bakul tu nanti. Beli 1 bungkus pakai tak habis pun. Tapi pastikan beli yang besar. Baru la kuat nak ikat bakul tu. Ni pun dari kdai eco..kedai hardware pun ada tapi saja la nak pelaku kedai eco.

4. Skru

Yang ni aku guna saiz ni..boleh nampk kot noo dalam gambar tu berapa saiz dia. Guna untuk ikat roda tu nanti.

5. Paip pvc

Paip pvc ni ambil yang tebal tau..sebab ada jugak yang nipis takut tak kuat. Yang ini beli dekat kedai hardware..tapi kalau nak jimat, korang boleh cari kat longgok tong sampah. Kadang-kadang orang dok buang ja bekas saki baki yang dah potong.

6. Gam khas utk paip pvc

7. Joint

Nah gambar close up saiz joint yang aku guna. 15mm tau saiz dia. Banyak mana aku guna? Korang tengok kat gambar seterusnya ok.

8. Ukuran barang

Ni dia, ukuran dia. Kalau korang nak tinggikan lagi troli tu korang ejas la sendiri saiz dia..

9. Ok..masuk cara-cara nak buat dah.

Step 1

-4pcs L joint
-4pcs T joint
-2pcs paip 2cm
-2pcs paip 36cm
-4pcs paip 9cm

Sambung dan gam ikut mcm dalam gambr tu ya.

10. Step 2 nak buat tiang

-4pcs paip 7cm(utk kaki bawah sekali tu)
-8pcs paip 23cm
-12pcs T joint
-12pcs paip 2cm(utk sambung bahagianT joint tu)dekat arrow kuning tu.
-4pcs L joint.

11. Ok step 3 korang cantumkan tapak dengan tiang.

Jangan lupa gamkan tau. Baru tak tercabut.

12. Step 4 tebuk lubang

Tengok gambar tu, faham kot noo..lubang untuk ikat roda dan ikat bakul.

13. Step 5 guna bolt dan nut ikat roda tu

P/s. Klau korang nak cat apa-apa kaler pastikan sebelum pasang roda tu ya.

14. Step 6 pasang bakul dan ikat dengan cable tie

Gambar close up ikat bakul tu tak ambik. Ikat la lagu mana pun janji lekat bakul tu. Laki aku pun guna otak ja cara nak ikat pun. Hangpa pun pandai-pandai la noo.

15. Siap!

*Senang! Boleh letak macam-macam barang.

Sumber : Maria Ariana

Most Popular

To Top