Deko & Hias

Tak Payah Terbongkok-bongkok Lagi, Ini Cara DIY Rak Mesin Basuh. Mudah Nak Simpan & Capai Sabun Pencuci

1.2K
SHARES
diy rak mesin basuh

Kesian tengok isteri selalu terbongkok-bongkok ambil sabun basuh, softner atau bahan pencuci dekat almari atau tepi mesin basuh tu kan?

Apa kata cuba idea DIY rak mesin basuh guna PVC menjimatkan oleh Mohd Hafizallah Ariffin.

Sedap mata memandang, kita pun mudah nak capai dan simpan semula barang.

[ Baca juga : DIY Tempat Gantung Kuali Bawah Sinki Yang Boleh Slide. Bajet RM20 Je, Hasilnya Kemas & Praktikal ]

Cara nak buat pun simple je, orang perempuan kalau rajin dan minat DIY pun boleh buat sendiri.

Semua bahan dah disenaraikan di bawah, tinggal sambung je ikut macam dalam gambar.

Jom tengok caranya.

DIY Rak Mesin Basuh Yang Mudah & Jimat Ruang

Menurut tuan punya idea yang kongsikan idea DIY rak mesin basuh ni, projek PVC ni khas untuk isterinya yang suka susun barang.

Jadi tercetuslah idea yang simple dengan bajet tak sampai RM40 ni.

Senarai barang yang digunakan beserta kosnya ialah seperti di bawah.

Bahan-bahan:

  • Penyambung ‘L’ pipe pvc – rm0.47 sebiji(beli di kedai mr.d.i.y)
    (2 biji x 0.47 = rm0.94)
  • Penyambung ‘T’ pipe pvc – rm0.66 sebiji(beli di kedai mr.d.i.y)
    (12 biji x 0.66 = rm7.92)
  • Siku ‘L’ besi – rm 2.00 sepeket(beli di ledai eco)
  • Papan – rm8.00(kalau tak silap) sepapan(beli di ikea)
    (2 papan × 8.00 = rm16.00)
  • Batang pipe pvc – rm1.51 sebatang(beli di kedai mr.d.i.y)
    (8 batang × 1.51 = rm12.08)

Jumlah kos: RM36.94

NOTA:

Papan tu mungkin boleh cari tempat lain kalau ade tempat yang lagi murah dan kualiti yang baik.

Cara Sambungan

Cara sambungan boleh rujuk di bawah.

Diy rak mesin basuh

Diy rak mesin basuh

Siku ‘L’ saya lekatkan dengan skru di penyambung pvc untuk lebih kukuh dan berkeyakinan.

Sambungan yang lain mesti guna gam untuk PVC apabila semua ukuran dah cantik dan memenuhi citarasa.

Taklah susah sangat kan?

Hasil Akhir

Bila dah siap, inilah hasilnya.

Diy rak mesin basuh

Diy rak mesin basuh

Memang ada yang dijual dekat Shopee atau Lazada atau kedai-kedai deco pun banyak.

Tapi kalau rajin apa salahnya buat sendiri kan?

Memang berguna dan boleh juga manfaatkan ruang sepenuhnya.

 

[ Baca juga: DIY Kabinet Dapur Paling Simple & Jimat Guna Meja Banquet. Kos Dalam RM400 Je, Tetap Cantik! ]

Selamat mencuba!

 

*Sumber : Mohd Hafizallah Ariffin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×