Deko & Hias

DIY Tempat Gantung Kuali Bawah Sinki Yang Boleh Slide. Bajet RM20 Je, Hasilnya Kemas & Praktikal

7.3K
SHARES
Diy tempat gantung kuali

“Sakit mata pulak tengok kuali ni terbiar atas dapur je. Nak simpan dalam kabinet tu rasa payah pulak nak susun. Nanti nak guna balik dah leceh nak selongkar balik.”

Biasalah dilema mak-mak dekat dapur, puas fikir macam mana cara nak simpan kuali, periuk belanga semua.

Makin hari makin banyak koleksi, tapi semuanya berguna kan?

Kebanyakan kuali dan periuk ni pula saiznya besar-besar. Sakit mata jugalah kalau dibiarkan bertelangkup atas dapur je.

Tapi kalau disimpan dalam kabinet, susah pula nak ambil sebab kadang-kadang disusun bertingkat-tingkat.

Jadi, apa kata kita cuba DIY tempat gantung kuali oleh Reezal Jelita ni. Yang bestnya, dia boleh slide keluar masuk supaya kita senang nak ambil nanti.

Memang praktikal, bajet pun mampu milik sebab modal lebih kurang RM20 je semuanya.

Jom tengok perkongsian lengkap beliau di bawah ni.

DIY Tempat Gantung Kuali Bawah Sinki Yang Boleh Slide. Bajet RM20 Je

Saya nak share sikit DIY tempat gantung kuali bawah kabinet sinki. Modal dalam RM20 saja…

Ini gambar yang diambil sebelum kejadian

Diy tempat gantung kuali

Untuk buat ni mudah je, saya senaraikan bahan yang diperlukan di bawah ni.

Bahan-bahan

  • Drawer slide – boleh beli kat Shoppee sepasang dalam RM10
  • Kayu –  boleh pakai apa-apa kayu yang sesuai
  • Hook screw (cangkuk) – Boleh beli kat Shoppee atau mana-mana kedai hardware

Gambar barang-barang macam di bawah ni:

Ni drawer slider dan kayu.

(*Contoh drawer slider yang ada jual kat Shoppee macam gambar bawah ni.)

Cara-cara

Ok, untuk buatnya pun simple.

1. Skrukan Kayu + Drawer Slider

Mula-mula skrukan 2 bahagian ni.

2. Skrukan Kayu + Cangkuk

Untuk satu lagi bahagian kayu tu kita skrukan cangkuk / hook screw tu.

3. Skrukan Di Bawah Sinki

OK lepas tu boleh skrukan dulu 1 bahagian ni.

Slider tu boleh cabut dulu 1 bahagian.

Diy tempat gantung kuali

4. Pasangkan Slider

Akhir sekali pasangkan balik slider tu.

Inilah hasilnya selepas kejadian.

Kita boleh tarik keluar macam ni. Senang nak ambil dan simpan.

Boleh maksimakan ruang yang ada, kan?

Lebih Kemas, Praktikal & Sangat Berbaloi!

Mesti mak-mak suka kalau dapat DIY tempat gantung kuali macam ni kan?

Nampaklah tersusun sikit, senang nak capai bila-bila nak guna. Bajet pun tak besar, insha Allah semua boleh cuba DIY tempat gantung kuali yang mudah ni.

Yang penting, nampak kemas dan praktikal.

Barulah rasa semangat dan rajin nak memasak lepas ni. Ye tak?

Jom DIY!

*Cara DIY tempat gantung kuali ini dikongsikan oleh Reezal Jelita menerusi Facebook. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Sebarang pertanyaan boleh rujuk post asal beliau di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×