Dapur

Lelaki Ini Kongsi Cara Pantas Buat Bara, Lepas Kira 1 2 3 Terus Menyala Api Dah Boleh BBQ!

1
SHARES
cara buat bara api

Menyalakan bara api bukanlah satu perkara yang mudah, kalau tidak tahu kaedahnya. Maka, tidak hairan sekiranya tercetus beberapa idea mudah dan pantas dalam kalangan orang ramai tentang cara buat bara api.

Perkara ini termasuklah idea menyalakan bara api yang dikongsikan oleh Sabarudin Mohd Noor untuk membuat aktiviti memanggang. Trik yang dikongsikan ini, dipercayai berkesan dan boleh dimanfaatkan oleh anda semua.

Baca juga: Suami Kongsi Rahsia Kek Span Pandan Gebu Teruk, Bila Tekan-Tekan Akan Naik Balik Wowww!

CARA BUAT BARA API

cara buat bara api

Gambar: Sabarudin Mohd Noor

Cara mudah sediakan bara untuk panggang.

Bahan-bahan dan proses:

  • Bekas telur
  • Minyak masak terpakai
  • Pemetik api
  • Arang
  1. Letak bekas telur yang dipotong ikut saiz pemanggang.
  2. Tuang minyak masak terpakai atas bekas telur.
  3. Nyalakan bekas telur.
  4. Letak arang atas bekas telur.
  5. Biarkan terbakar hingga jadi bara.
  6. Sedia untuk memanggang.

Baca juga: Suka Hurung Buah & Sayur Sampai Hilang Mood Ibu Nak Memasak, Ini Cara DIY Halau Bari-Bari!

Baca juga: Resipi Kek Pisang Karamel Terpaling Mudah & Bila Ngap Je Terus Cair Di Mulut!

Meninjau di ruangan komen, ternyata orang ramai memberikan maklum balas positif berserta pujian. Hal ini kerana, trik ini telah membantu mereka untuk memanggang dengan lebih pantas.

cara buat bara api

Gambar: Sabarudin Mohd Noor

Jadi, bila dah tahu cara buat bara api dengan mudah, tidaklah lagi anda keluh-kesah untuk mengadakan aktiviti barbeku (BBQ) bersama keluarga tercinta. Selain dapat mengeratkan keakraban keluarga, perut pun tidak cepat berlapar setelah mengaplikasikan trik pantas menyalakan bara api ini.

Di samping itu, dalam keinginan untuk mencapai keseronokan bersama keluarga, jangan lupa untuk sentiasa mengamalkan sikap berhati-hati sewaktu memanggang.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Resipi Donut Gebu Viral Cantik Bergulung, Tiada Bahan Telur & Mudah Untuk Ajak Anak Buat Bersama!

Sumber: Sabarudin Mohd Noor

FT Image: Sabarudin Mohd Noor

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×