Dapur

Suami Kongsi Rahsia Kek Span Pandan Gebu Teruk, Bila Tekan-Tekan Akan Naik Balik Wowww!

36
SHARES
kek span pandan

Dari jauh nampak, dah terliur dibuatnya apabila melihat kegebuan kek span pandan yang berwarna hijau ini. Sudahlah lembut, memang sesuai dinikmati oleh pelbagai peringkat umur termasuk orang yang ada masalah gigi.

Jika anda terasa nak makan kek ini, jom cuba resipi kek span pandan gebu air tangan dari seorang suami ini. Ada beberapa petua yang dikongsikannya agar menjadi kejadian kek span pandan itu. Jom masuk dapur!

Baca juga: Resipi Kek Pisang Karamel Terpaling Mudah & Bila Ngap Je Terus Cair Di Mulut!

KEK SPAN PANDAN ‘FLUFFY’ TERUK!

kek span pandan

Gambar: Ben Safwan

Saya kongsikan resipi dan petua, kek span pandan ini antara kegemaran sebab bila tekan-tekan dia naik balik. Wow!

Bahan A:

  • 5 biji kuning telur gred A + 1 biji telur gred A
  • 65 gram minyak jagung
  • 90 gram susu segar
  • 1 sudu makan paste pandan
  • 70 gram tepung naik sendiri
kek span pandan

Ini bentuk soft peak. Kalau terlebih pukul, boleh tambah telur putih sebiji dan mulakan semula. Kemudian, sukat waktu masuk itu pada sukatan asal. Pastikan ianya tahap ini sahaja, kalau tak kek akan mendap lepas siap dibakar.

  1. Whisk tangan telur hingga sebati.
  2. Masukkan minyak jagung, susu bersama pandan paste dan kacau hingga sebati.
  3. Ayak tepung dan kacau hingga halus elok, nak guna tepung gandum pun boleh.
  4. Tambah baking powder dalam 1/2 sudu teh dan ayak sebati.

Baca juga: Resipi Donut Gebu Viral Cantik Bergulung, Tiada Bahan Telur & Mudah Untuk Ajak Anak Buat Bersama!

Bahan B:

  • 5 biji putih telur gred A
  • 70 gram gula halus
resepi kek pandan

Bakar kali ini guna teknik waterbath dan teknik manual saya untuk pastikan bahagian atas tidak terlalu hangit.

  1. Masuk semua putih telur lepas itu relax sahaja kacau dengan mixer tangan atau mesin sampai mula berbuih.
  2. Kemudian, lajukan kelajuan sambil masukkan gula sedikit demi sedikit.
  3. Naikkan lagi kelajuan sampai habis biar terbentuk soft peak, terus berhenti.
  4. Masuk dalam adunan tadi berperingkat.
  5. Kaup balik.
  6. Gunakan loyang size 7×7 yang dialas dasarnya dengan baking paper.
  7. Bakar guna teknik waterbath (isi air panas dalam dulang) 30 minit pertama, bakar pada suhu 160’C dan selepas itu, buka oven dan tutup permukaan atas dengan aluminium foil.
  8. Bagi mengelakkan dari hangit atau terlalu perang di atas, bakar lagi 30 minit pada suhu 140’C.

Masa pembakaran mungkin berbeza sedikit ikut jenis oven (ketuhar) sendiri. Dah siap!

Baca juga: Resipi Cheesekut Meleleh Viral, Guna Peti Sejuk Je Mudah Tak Perlu ‘Oven & Air Fryer’!

Sumber: Ben Safwan

FT Image: Ben Safwan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×