Dapur

Strawberry Cheesecake Resipi Tanpa Guna ‘Oven’ & Tak Muak Makan Sebab Ada Bahan Istimewa!

12
SHARES
strawberry cheesecake

Dengar namanya sahaja dah boleh buat tekak mengidam dan terliur. Jadi, kali ini penulis kongsikan resipi strawberry cheesecake yang sedap kejadiannya dan tanpa rasa muak walaupun tidak dibakar.

Kalau di rumah anda tiada ketuhar (oven), ianya tidak menjadi masalah. Hal ini kerana, resipi strawberry cheesecake dikongsikan Nur Aisyah ini pastinya lebih memudahkan anda untuk membuatnya.

Baca juga: Lelaki Ini Kongsi Cara Pantas Buat Bara, Lepas Kira 1 2 3 Terus Menyala Api Dah Boleh BBQ!

STRAWBERRY CHEESECAKE TANPA GUNA KETUHAR

strawberry cheesecake

Gambar: Nur Aisyah

Resipi kali kedua ini saya ada tukar bahan dan tambah kuantiti bahan. Tekstur dan rasa kek jadi lebih ringan serta kurang muak.

Bahan dan langkah-langkah penyediaan:

  • 250g biskut Digestives Original
  • 2 sb castor sugar
  • 100g melted unsalted butter
  • 1 1/2 keping gelatine sheets
  • 400g Whipping Cream Emborg
  • 500g krim cheese Philadelphia (softened pada suhu bilik)*
  • 80g Sour cream (optional)*
  • 145g Castor sugar*
  • 2 sb Lemon juice (boleh adjust ikut cita rasa)*
  • 1 sk Vanilla essence (concentrated)*

Baca juga: Cara Bakar Kek Atas Dapur Gas Yang Berkesan, Tips Ini Sesuai Untuk Rumah Tiada ‘Oven’!

strawberry cheesecake

Gambar: Nur Aisyah

  1. Masukkan biskut Digestives Original dalam zip bag dan hancurkan guna rolling pin (texture tak sama kalau guna food processor).
  2. Dalam mangkuk, masukkan biskut yang dah hancur tadi, castor sugar  dan melted unsalted butter.
  3. Dalam loyang pilihan, alas dengan baking paper dan ratakan biskut hancur dalam loyang.
  4. Tekan sampai padat menggunakan bahagian bawah gelas yang bulat dan kemudian sejukkan dalam peti ais.
  5. Gunting kecil kecil keping gelatine sheets dan rendam sepenuhnya dalam 45ml air sejuk + 2 ketul ais selama 10 minit hingga 30 minit.
  6. Pukul Whipping Cream Emborg sehingga stiff peaks dan simpan dalam peti sejuk.
  7. Pukul satu-satu bahan bertanda * sehingga sebati.
  8. Rendaman gelatine sheets tadi (microwave 15 saat).
  9. Kaup balik whipping cream yang dah dipukul tadi dalam cream cheese mixture sehingga sebati.
  10. Tuangkan adunan krim cheese ke dalam loyang biskut tadi dan ratakan.
  11. Sejukkan dalam peti ais sekurang-kurangnya 5 jam dan ke atas.

Baca juga: Suami Kongsi Rahsia Kek Span Pandan Gebu Teruk, Bila Tekan-Tekan Akan Naik Balik Wowww!

Selepas dah sejukkan kek, keluarkan dan tuangkan ready-to-use Fruttose Strawberry topping. Pilihan:

  1. Nak tukar ke Fruttose Blueberry / Mango / Raspberry / Mixed Berry topping pun boleh.
  2. Nak tukar Brand lain pun boleh, ikut cita rasa masing-masing.

Untuk dapatkan potongan kek yang kemas, setiap potongan kek menggunakan pisau yang direndam dalam air panas. Selamat mencuba!

Baca juga: Resipi Donut Gebu Viral Cantik Bergulung, Tiada Bahan Telur & Mudah Untuk Ajak Anak Buat Bersama!

Sumber: Nur Aisyah

FT Image: Nur Aisyah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×