Dapur

Resepi Mi Kari ‘Chinese Ipoh Style’, Senang & Tak Perlu Banyak Bahan Rempah

137
SHARES

Dah tiada idea nak masak apa berbuka nanti? Mi kari ‘Chinese Ipoh Style’ yang dikongsikan oleh Puan Dora Nurlaily KJ ini sangat ringkas untuk dimasak di rumah. Tidak memerlukan bahan rempah yang banyak pun. Apa yang ada dekat dapur tu dah boleh guna buat masak hidangan ini. 

Mari cuba resepi di bawah.

Baca juga: Resepi Nasi Kacang Kuda Viral, Masakan Indo-Pakistani Yang Confirm Anak Jatuh Cinta!

RESEPI MI KARI ‘CHINESE IPOH STYLE’, SENANG & TAK PERLU BANYAK BAHAN REMPAH

Dah asar ni mesti semua kalut-kalut nak masak menu berbuka kan. Kita share menu mee kari style chinese ipoh yang tak banyak bahan rempah. Campak-campak bahan yang ada kat rumah je. Sedappppp. Simple is the best.

RESEPI MI KARI STYLE CHINESE IPOH

BAHAN A (DIKISAR HALUS):

  • Bawang merah 4 ulas.
  • Bawang putih 3 ulas.
  • 1 genggam ikan bilis.
  • 1 batang serai dititik.

BAHAN B:

4 sb Rempah kari ikan.

1 sb cili kisar (ikut suka nak pedas mana).

1 kotak santan kara.

Segala jenis fishball fishcake tofu kosong.

Kiub ayam 2 ketul.

Garam & gula.

Serbuk perasa

BAHAN C (HIASAN):

  • Taugeh tak perlu celur.
  • Daun bawang.

CARA PENYEDIAANNYA:

1. Panaskan minyak dan goreng serai smpai naik bau.

2. Masukkan bahan kisar. Tumis sampai naik minyak.

3. Masukkan rempah kari dan cili kisar yang dah dibancuh air. Tumis 3x kering air.

4. Tambah air secukupnya + 1 kotak santan kara, kiub ayam, garam, gula.

5. Masukkn segala jenis fishball & tofu kosong. Masak hingga mendidih.

Ps: Minyak jangan banyak, sebab nak makan dengan mee, nanti cepat muak. Kuah kari ni kena cair-cair je tau. Cukup rasa rempah & santannya. Ngam kalau makan dengan pucuk ikan goreng.

Sumber: Facebook Dora Norlaily KJ via Masak Apa Hari Ni..(MAHN)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×