Dapur

Resepi Cookies Peanut Butter 4 Bahan. Gaul Guna Sudu Je, Confirm Ranguplah!

148
SHARES
Resepi cookies peanut butter

“Teringin pulak nak cuba resepi cookies peanut butter ni, macam simple je tengok. Tak payah pakai tepung pun!”

Musim PKPB ni mungkin ramai yang ada masa untuk baking atau buat cookies dekat rumah.

Sambil dapat isi masa lapang, anak-anak pun boleh join sekali.

Lepas tu bolehlah makan sama-sama bila dah siap…

Jom kita tengok resepi cookies peanut butter oleh Nur Fatihah ini.

Memang simple tapi sedap sangat!

Resepi Cookies Peanut Butter 4 Bahan

Malam ni mulut craving nak makan manis, jadi nilah kerja kita mengcookies memalam ni..

Terhasillah cookies 4 BAHAN !

Cookies ni paling simple. Sebenarnya saya dah pernah cuba banyak kali.
Memang sedap tak tipu!!

Crunchy dan rasa manis masin peanut butter.

Kalau cicah dengan fresh milk memang nikmat sangat.

Pada yang nak cuba resepi cookies peanut butter ni, saya sharekan ya…

Bahan Yang Diperlukan

4 bahan di bawah ni adalah bahan utamanya. Wajib ada baru menjadi tau.

  • Gula Perang 1/2 cup
  • Peanut Butter 1 cup
  • Baking Soda 1 tea spoon
  • Telur 1 Biji

*Bahan extra : Chocolate Chip 1/2 cup (tak nak letak pun ok dah sedap cookies tu). Saya letak sebab anak memang suka. Rasa cookies pun extra crunchy.

Nota: Kalau nak mudah guna measurement spoon ni. Lagi senang. Confirm menjadi.

resepi cookies peanut butter

Cara Buat Peanut Butter Cookies 4 Bahan Paling Simple

1. Gula

Gula perang kalau tak nak manis ,kurangkan kepada 1/2 cup or 1/4 cup.

Ikut selera anak tekak kita ya!

resepi cookies peanut butter

2. Peanut Butter

Peanut Butter wajib letak. Tak kisahla jenama apapun.

Nak lagi sedap ambik yang extra peanut atau crunchy.

resepi cookies peanut butter

3. Telur

Lepas tu masuk telur sebiji!

resepi cookies paling simple

4. Baking Soda

Baking Soda wajib letak, barulah mengembang cookies tu.

5. Choc Chip

Chocolate Chip ikut selera masing-masing.

Saya letak 1/2 cup je.

Kalau takut terlalu manis kurangkan gula perang kalau dah tambah chocolate chip ya.

6. Kacau

Ok sekarang kita kacau-kacau semua bahan tadi guna sudu je!

Tak payah susah-susah pakai mixer ke blender ke.

Kacau-kacau guna sudu! Tak yah susah pakai mixer..😁

Posted by Nur Fatihah on Monday, October 12, 2020

Bila dah siap kacau macam nilah rupa dia.

Bila dah sebati,inilah rupanya… Macam ni pun dah sedap tau!

Belum bakar lagi… Lagilahh sedap tak boleh berhenti makan.

Resepi cookies paling simple

7. Bakar

Scoopkan dengan sudu dan gentel bulat-bulat. Letak bagi jarak sebab nanti dia akan mengembang..
Taklah dia berlaga dengan orang sebelah nanti…

Seeloknya lapik baking paper bagi tak melekat. Kalau tak nak lapik pun boleh.

Bakar pada suhu 200 selama 8 minit ja. Jangan lama tau.
Nanti rentung.

*Suhu dan masa ni kena memandai korang adjust ikut oven masing-masing. Lain oven lain adjustment dia..

resepi cookies paling simple

Siap!

Haaa… dah siap pun.

Waktu ni baru keluar oven.

Terliur kan?

Yang meleleh tu, chocolate chip tapi sedap.

Saya suka bakar bagi garing sikit baru extra crunchy. 

Mudah sangat kan?

Insha Allah semua orang boleh cuba resepi cookies paling simple ni.

Guna 4 bahan je, semuanya mudah nak dapat.

Jadi apa tunggu lagi.

Lepas ni bolehlah cuba resepi ni ya.

 

Kalau anda nak tengok lagi banyak resepi cookies paling mudah dan sedap, boleh tengok artikel di bawah ini:

[Resepi Biskut Cip Coklat Crunchy Ala Famous Amos. Sukatan Cawan, Tak Perlu Mixer]

[Resepi Biskut Choc Chip Ala Famous Amos ‘Confirm’ Jadi. Gaul Pakai Senduk Je]

[Resepi Biskut Nestum Choc Chip Yang Sangat Crunchy. Guna Sukatan Cawan, Mudah Je]

*Resepi cookies peanut butter ini dikongsikan oleh Nur Fatihah menerusi Facebook. Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan, sila rujuk posting asal beliau di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×