Dapur

Resepi Biskut Nestum Choc Chip Yang Sangat Crunchy. Guna Sukatan Cawan, Mudah Je

59.2K
SHARES

Sesekali memang teringin nak makan biskut buatan sendiri kan?

Memang lain macam sedapnya kalau kita bandingkan biskut homemade dan biskut yang dibeli di kedai. Rasa biskut homemade biasanya tentu lebih segar dan baunya pun lebih wangi.

Apa kata cuba resepi biskut nestum yang dikongsikan oleh Puan Hazlita Ishak ni.

Katanya biskut ni merupakan resepi asal oleh Cikgu Azlina Ina iaitu honey nestum almond cookies crunch. Bila try buat memang sedap dan sangat crunchy. Cara nak buatnya pun senang je.

Jom kita tengok bahan-bahan dan cara membuatnya.

Resipi Biskut Nestum Rangup Dengan Madu, Cip Coklat & Almond

Bahan A
250g butter / marjerin
1/2 cawan gula perang halus
1 penutup esen vanila
2 sudu besar madu

Bahan B
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu besar tepung beras
1 sudu besar tepung jagung

Bahan C
1 1/2 cawan tepung gandum

Bahan D
2 sudu besar susu tepung

Bahan E
1/2 cawan nestum
1/2 cawan cip coklat
1/2 cawan almond nips / strip

Cara-cara

1. Gaul Bahan

Mula-mula gaul rata bahan A. Nak senang saya gunakan whisk, kalau tak ada guna senduk biasa pun boleh.

Lepas tu masukkan bahan B, kacau lagi bagi rata.

Masukan bahan C pula sedikit demi sedikit dan kacau rata.

Settled, masukkan bahan D, gaul rata lagi.

Last sekali masukkan bahan E, gaul lagi bagi rata.

2. Simpan 30 Minit Dalam Peti Sejuk

Bila dah masukkan semua bahan, pastikan adunan elok tak berderai.

Kalau adunan agak berderai tambah butter / majerin sikit sikit hingga adunan bersatu.

Kemudian simpankan dalam peti sejuk selama 30 minit.

3. Sedia Untuk Dibakar

Ambil adunan sejemput sejemput atau guna sudu. Susun atas dulang pembakar.

Panaskan oven 10 minit suhu 160.

Bakar adunan selama 30-35 minit ikut oven masing masing.

Kalau nak bakar biskut ni kena guna api slow ye.

4. Siap

Jangan risau kalau biskut ni masa panas dia agak lembut.

Tunggu bila dah sejuk nanti baru keras elok.

Fuh, bila gigit terasa rangup sangat!

Beginilah Hasilnya!

Inilah biskut nestum yang dah siap tadi. Tengok pun rasa terliur je.

Bau pun wangi sangat.

Mudah, kan?

Bolehlah tambah dalam senarai koleksi biskut untuk raya nanti.

Buat sendiri lagi jimat dan sedap!

*Resepi biskut nestum ini dikongsikan oleh Puan Hazlita menerusi Facebook. Bagi yang nak lagi banyak resepi, boleh follow FB Hazlita Ishak di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×