Dapur

Resepi Biskut Cip Coklat Crunchy Ala Famous Amos. Sukatan Cawan, Tak Perlu Mixer

6.3K
SHARES
resepi biskut cip coklat

Dalam banyak-banyak biskut raya, rasanya biskut cip coklat adalah antara kuih raya yang wajib ada di setiap rumah.

Kalau dapat pula yang jenis crunchy, memang seronok mengunyah sambil berbual atau tengok TV. Sampai tak sedar dah habis sebalang.

Sebab itulah biskut ni boleh dikatakan antara yang paling cepat habis stok. Kalau beli, harganya pun boleh tahan mahal. Lagipun, kadang-kadang takut nak beli banyak sebab belum tentu sedap. Ada yang kadang-kadang cepat lemau dan kurang sedap rasanya.

Jadi, apa kata kita buat sendiri di rumah dengan resepi yang dikongsikan oleh Puan Eida Ilham. Lagi jimat, mudah dan insha Allah menjadi.

Jom tengok resepi beliau selengkapnya di bawah ini.

Resepi Biskut Cip Coklat Sukatan Cawan Ala Famous Amos

Hye guys, harini Cikda nak share resepi Biskut Cip Coklat Ala Famous Amos ni.

Kenapa confirm sedap? Sebab memang sedap sampai anak korang berulang-ulang makan tak sempat tunggu raya dah.

Ok jom tengok bahan-bahannya.

Bahan A

  • 250g marjerin
  • 1 1/2 cawan gula perang
  • 1 sk esen vanila
  • 1 biji telur

Bahan B

  • *2 cawan tepung gandum
  • *2 cawan tepung jagung
  • *1 sk serbuk penaik
  • *1 sk soda bikarbonat
  • 5 sudu minyak masak

*diayak

Bahan C

  • Cip coklat
  • Badam cincang

Cara-cara

1. Gaul Bahan A

Mula-mula, gaul semua bahan A sampai sebati.

Gaul lebih kurang je, tak payah pukul sampai kembang sebab kita nak buat cookies, bukan nak buat kek.

2. Ayak & Gaulkan Bahan B

Lepas tu, ayakkan tepung bersama serbuk penaik & bikarbonat.

Gaulkan sekali tepung yang dah diayak tu dengan bahan A sampai dia ramah mesra.

3. Tambah Bahan C

Kemudian last sekali kita tambahkan cip coklat dan kacang badam cincang ke dalam adunan.

Gaul lagi sampai sebati.

Resepi biskut cip coklat sukatan cawan

4. Cedok Atas Loyang & Panaskan Oven

Sekarang sedia untuk bakar cookies. Sambil nak cedok adunan tu dah bolehlah panaskan oven.

Oleskan loyang dengan marjerin.

Cedok kecil-kecil je sebab dia akan mengembang nanti.

5. Bakar

Dah siap cedok, bakar pada suhu 160 darjah.

Bakar selama 25 minit, guna api atas bawah.

Simpan Dalam Bekas

Bila dah siap bakar, macam nilah hasilnya.

Pastikan tunggu sejuk dulu baru letak dalam balang dan sorokkan.

Kalau tak sorok, tak sempat jumpa raya la biskut tu. Hehe.

Nak lagi mudah, boleh rujuk video tutorial ringkas di bawah. Confirm akan buat korang rasa nak buat hari ni jugak.

Selamat Mencuba!

Mudah kan?

Rasanya semua boleh cuba buat sendiri biskut cip coklat ala famous amos ni dekat rumah. Insha Allah menjadi!

Dapat juga merasa hasil air tangan sendiri. Berbaloi buat sendiri berbanding beli.

Memang mudah dan lagi sedap. Boleh makan puas-puas.

 

*Resepi biskut cip coklat ala famous amos ini disumbangkan oleh Puan Eida Ilham menerusi Facebook. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, boleh rujuk post asal beliau di SINI.

Most Popular

Waktu Solat

1 January 2017, Thursday
Subuh
00:00am
Syuruk
00:00am
Zuhur
00:00am
Asar
00:00am
Maghrib
00:00am
Isyak
00:00am

Waktu Solat Ini Dibawakan Oleh
Waktu Solat Malaysia

To Top