Euforia Bola 2026
Asuh

Ayah Tunjuk ‘Ultrasound Palsu’, Anak Terus Serik Makan Jajan Selepas Nampak ‘Ulat’ Dalam Perut!

MAKAN JAJAN

Tabiat makan jajan dalam kalangan kanak-kanak sering menjadi cabaran buat ibu bapa, terutama apabila si kecil sukar mengawal keinginan untuk mengambil makanan ringan.

Baru-baru ini, tindakan seorang ayah yang menggunakan cara kreatif untuk menghentikan anaknya daripada terlalu kerap makan jajan mencuri perhatian ramai selepas videonya tular di media sosial.

Baca juga: “Jangan Buka Cerita Di Media Sosial”– Safee Sali Tegur Kakak ‘Backup’ Bekas Isteri, Minta Henti Dedah Hal Keluarga

AYAH GUNA IMEJ ULTRASOUND PALSU SUPAYA ANAK TAKUT MAKAN JAJAN

MAKAN JAJAN

Menerusi video tersebut, ayah berkenaan dilihat menggunakan imej ultrasound palsu bagi menunjukkan kononnya terdapat sesuatu seperti ‘ulat’ berada di dalam perut anaknya akibat terlalu kerap makan makanan tidak berkhasiat.

Selepas melihat gambaran tersebut, kanak-kanak itu dikatakan terus berasa takut dan berjanji untuk mengurangkan pengambilan makanan ringan. Dia turut menyatakan tidak mahu lagi mengambil snek seperti sebelum ini kerana bimbang perkara sama berlaku kepada dirinya.

Tindakan si ayah tersebut bagaimanapun mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial. Ada yang menganggap cara itu sebagai satu pendekatan kreatif untuk memberi kesedaran kepada anak tentang kesan pemakanan tidak sihat.

Namun, tidak kurang juga yang mempersoalkan kaedah tersebut kerana bimbang boleh menimbulkan ketakutan berlebihan dalam diri kanak-kanak.

Antara komen yang menarik perhatian ialah pengguna yang menyifatkan pendekatan itu sebagai cara didikan yang biasa dalam budaya Asia.

“THIS IS ASIAN WAY!”- NETIZEN

MAKAN JAJAN

“This is the Asian way,” tulis seorang pengguna yang berpendapat kaedah seperti itu lebih ringan berbanding cara disiplin yang pernah dialami generasi terdahulu.

Ada juga pengguna membandingkan pendekatan mendidik anak antara budaya Barat dan Asia, dengan menyatakan sesetengah ibu bapa Asia lebih cenderung menggunakan kaedah menakutkan anak sebagai peringatan.

Walaupun ada yang menganggap kaedah tersebut sebagai perkara biasa, pakar sering mengingatkan bahawa penerangan kepada anak mengenai pemakanan sihat perlu dilakukan dengan cara yang sesuai mengikut usia agar mereka memahami sebab sebenar, bukan sekadar takut kepada akibat yang digambarkan.

Apa pun, video tersebut mencetuskan perbincangan mengenai pendekatan ibu bapa dalam mendidik anak-anak, terutama dalam usaha membentuk tabiat pemakanan yang lebih baik.

Baca juga: Bolehkah Bernikah Selepas Zina Tanpa Bertaubat? Ini Penjelasan Hukum Yang Perlu Difahami

Sumber: Threads Tansu Yegen

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×