Dapur

Resepi Tauhu Berlauk 2K Perkongsian, Jarang Dijual Tetapi Senang Sangat Nak Buat!

69
SHARES

Menurut Cik Sue Zakaria di perkongsiannya, tauhu berlauk sangat jarang dijual oleh para peniaga makanan jika dibandingkan dengan tauhu begedil. Katanya lagi, tauhu berlauk paling senang nak buat rupanya.

Maka, dia berkongsikan resepi tauhu berlauk yang tidak kurang juga enaknya untuk anda yang menggemarinya dan kepada mereka yang belum pernah mencubanya. Lebih bertambah sedap tauhu berlauk ini dimakan panas dan dicecah dengan kicap pedas. Mesti berapi!

Baca juga: Resepi Satay Roti Sosej Roll, Mudah Dibuat Untuk Bekal Anak Ke Sekolah

RESEPI TAUHU BERLAUK 2K PERKONGSIAN, JARANG DIJUAL TETAPI SENANG SANGAT NAK BUAT!

Cicah kicap pedas-pedas. MasyaAllah nyummy sangat.

TAUHU BERLAUK

Paling senang buat tapi paling malas nak buat. Dah nak makan sangat kena lah buat juga. Payah betul nak jumpa orang jual benda ni. Tauhu begedil biasa tu ramai lah jual. InsyaAllah yang ini sedap.

Cuba lah buat, resepi dekat gambar je. Senang save then buat je.

RESEPI TAUHU BERLAUK

BAHAN-BAHAN A:

Sorry, lupa nak letak lada hitam dengan lada sulah dekat gambar tu.

  • Tauhu petak – 3
  • Tauhu telur – 3
  • Telur – 1 biji
  • Dada ayam – 2 keping
  • Garam
  • Gula
  • Lada hitam
  • Lada sulah
  • Kiub pati ayam

BAHAN-BAHAN B:

  • Bawang besar – half sahaja
  • Carrot – setengah batang je diparut halus
  • Daun sup – 3 batang sudah lah

CARA PENYEDIAAN TAUHU BERLAUK:

1. Kisar semua bahan-bahan A di atas.

2. Setelah bahan A dikisar, campur pula bahan-bahan B dan gaul dengan sebati.

3. Kemudian, letak bahan sebati tadi di dalam bekas-bekas kecil untuk dikukus.

4. Goreng tauhu yang siap dikukus dengan telur dalam minyak yang banyak.

*TIPS: Sewaktu mengukus, kalau tauhu tidak melekat dari bekas kuih setelah dicucuk dengan garfu maka sudah masak.

RESEPI KICAP PENCECAH

BAHAN-BAHAN KICAP PENCECAH:

  • Kicap
  • Lada jarum
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Gula

CARA-CARA:

1. Kisar semua bahan di atas.

2. Kemudian masak sekejap sambal kicap.

Hidangan tauhu berlauk siap dimakan bersama kicap pencecah!

Sumber: Facebook via Cik Sue Zakaria Masak Apa Hari Ni..(MAHN)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×