Dapur

Resepi Sambal Gesek Goreng Tanpa Belacan Tapi Rasa Semua Ngam!

125
SHARES
resepi sambal gesek

Sambal gesek merupakan antara jenis sambal yang menjadi kegemaran ramai. Mempunyai rasa pedas yang enak, sambal gesek yang berasal dari negara jiran ini ternyata sangat mudah untuk dibuat di rumah. Namun, untuk anda yang alergik terhadap belacan, jangan risau kerana ada resepi sambal gesek tanpa perlu menggunakan belacan.

Berikut merupakan perkongsian resepi dari Aisyah Humaira tentang cara untuk buat sambal gesek tanpa menggunakan belacan namun rasa tetap sama!

Baca juga: Cara Pilih Udang Fresh Di Pasaran, Pastikan Ada 4 Ciri Ini Barulah Bila Masak Isi Manis!

RESEPI SAMBAL GESEK GORENG TANPA BELACAN

resepi sambal gesek

Untuk yang alergik belacan tapi teringin nak makan sambal boleh la cuba. Sedap tau! Makan dengan nasi goreng pun ngam.

Bahan Perlu Digoreng:

– 2-3 biji bawang besar dipotong empat
– 5 ulas bawang putih
– 5 biji lada merah (lada besar) potong dua
– 10 biji cili padi merah atau ikut pedas disukai
* Semua bahan diatas digoreng sekejap hingga layu dan hampir perang

-3 sudu besar ikan bilis digoreng garing
-2 sudu besar ikan bilis dicuci dan tumbuk lumat atau 80% hancur
-Garam,gula,secukup rasa dan sedikit perahan air limau nipis

Cara-caranya:

1.Dalam pengisar, masukkan bahan goreng , bilis goreng, gula, serbuk perasa, sedikit garam jangan banyak sebab bilis dah masin
Kisar semua ini mengikut tahap lumat yang disukai.

2.Tuang bahan telah siap dikisar dalam bekas masukkan bilis yang telah ditumbuk dan sedikit perahan limau nipis. Kacau sebati. Siap.

resepi sambal gesek

*Selamat mencuba!

Baca juga: Resepi Daging Masak Hitam ‘Sebijik’ Macam Makan Di Kenduri, Bertambah Nasi!

Sumber: Aisyah Humaira

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×