Dapur

Resepi Sambal Goreng Jawa Simple, Gerenti Menjadi & Paling Cepat Habis!

1
SHARES
resepi sambal goreng jawa

Anda mencari resepi sambal goreng jawa paling mudah dan anti gagal? Ini adalah artikel tepat untuk dibaca kerana penulis ada kongsikan di bawah.

Sambal goreng jawa merupakan antara hidang tradisional dan popular terutamanya untuk orang yang berketurunan Jawa. Jom cuba buat sendiri di rumah. Sedapnya!

Baca juga: Resepi Kek Matcha Cheese Leleh, Berlemak Manis & Pahit Memang Ramai Yang Suka!

RESEPI SAMBAL GORENG JAWA, MENU SIMPLE TAPI SEDAP

RESEPI SAMBAL GORENG JAWA

Bahan-bahan:

  • Kentang*
  • Tempe*
  • Pedal ayam*
  • Tauhu*
  • Suhun
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Cili besar merah
  • Cili besar hijau
  • Ikan bilis

Cara-cara penyediaan sambal goreng jawa:

– Rendam suhun dan biarkan seketika.

– Kemudian, cuci bersih bahan bertanda (*) di atas dan goreng sehingga garing.

– Setelah garing, angkat dan ketepikan.

– Selanjutnya, hiris bawang merah, bawang putih, halia, cili besar merah dan hijau.

– Tumbuk halus sedikit ikan bilis dan tumis bersama bahan hirisan tadi.

– Masukkan garam, sedikit gula dan suhun. Kacau sehingga sebati.

– Campurkan semua bahan yang dah digoreng tadi. Akhir sekali tuangkan kicap mengikut cita rasa anda.

–  Kacau sebati dan sedia untuk dihidangkan.

Resepi sambal goreng jawa ini enak dinikmati begitu sahaja atau bersama nasi putih panas.

Selamat mencuba dan semoga memberi manfaat buat pembaca semua!

Baca juga: Resepi Donut Gemuk & Gebu Lembut Macam Kapas, Kedai Bakeri Pun Kalah!

Sumber: Facebook

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×