Long fries atau fries panjang merupakan antara makanan viral yang anda patut cuba. Pada asalnya juadah ini popular di sekitar Thailand dan kini dijual di Malaysia dengan pelbagai olahan.
Sekiranya anda ingin mencuba membuat sendiri fries panjang ala-ala jenama Toro Fries, boleh ikut perkongsian penuh di bawah ini. Sedap tak terkata!
Baca juga: Cara Buat Acar Kulit Limau Kasturi, Makan Dengan Sambal Belacan Memang ‘Umphh’!
CARA BUAT FRIES PANJANG VIRAL, TAK PAYAH PERGI THAILAND
Kentang panjang ini hanya memerlukan beberapa bahan sahaja dan hasilnya pasti disukai ramai.
Bahan-bahan:
- Kentang
- Garam
- Tepung jagung
Bahan-bahan sos:
- Mayonis
- Sriracha sos
Cara-cara penyediaan:
1. Kupas kentang dan basuh sehingga bersih.
2. Kemudian, potong dadu dan rebus sehingga lembut.
3. Biarkan sejuk dan lenyek sehingga hancur.
4. Masukkan sedikit garam dan tepung jagung.
5. Kacau sehingga sebati dan masukkan di dalam ziplock.
6. Leperkan adunan dan biarkan keras di dalam peti ais.
7. Potong adunan dengan cara memanjang dan goreng di dalam minyak panas.
8. Goreng sehingga keperangan dan toskan.
Cicah bersama sos yang dicampurkan kedua-dua bahan di atas.
Sedia untuk dihidangkan dan selamat mencuba!
Baca juga: Resepi Kuih Lopes Daun Pisang, Cara Tradisional Lebih Sedap & Aroma Wangi!
Sumber: Tine’s homemade food