Asuh

5 Idea Aktiviti Minggu Pertama Sekolah Cikgu Boleh Buat, Baru Bersemangat!

4
SHARES
aktiviti di sekolah

“Hmm, apa la agaknya aktiviti di sekolah nanti ya..”

Musim persekolahan akan tiba tidak lama lagi. Bagi pelajar darjah 1, itu merupakan pengalaman pertama kali mereka menjejakkan kaki ke sekolah. Hal ini sudah semestinya, membuatkan ibu bapa khuatir tentang keadaan anak tersayang.

Namun, jangan risau kerana pelbagai aktiviti di sekolah boleh dijalankan oleh guru. Hal ini bagi memastikan pelajar kekal ceria dan bersemangat ketika minggu pertama persekolahan.

Baca juga: 10 Tips Ajar Anak Hafal Surah Dalam Al-Quran, Pasti Si Kecil Seronok Guna Cara Ini

5 AKTIVITI DI SEKOLAH CIKGU BOLEH BUAT, CONFIRM SERONOK

aktiviti di sekolah

Antara aktiviti pengenalan di sekolah boleh dilakukan adalah:

1. Nama dan fakta

Setiap murid akan menyebut nama masing-masing dan satu fakta menarik tentang diri mereka untuk mewujudkan suasana kelas yang lebih santai dan akrab.

2. Bola salji kenalan

Murid duduk dalam lingkaran, dimulakan dengan seorang murid memegang bola kecil dan menyebutkan nama murid lain sambil melemparkan bola itu kepadanya.

Murid yang menerima bola kemudian menyebutkan nama murid lain dan seterusnya.

3. Puzzle perkenalan

Potong beberapa gambar atau kata-kata menjadi beberapa potongan, dan minta murid bekerjasama secara dalam kumpulan untuk menyusunnya sambil berkenalan. Buat beberapa set untuk beberapa kumpulan.

4. Fakta atau auta

Murid menyampaikan dua fakta yang benar tentang diri mereka dan satu pernyataan palsu. Rakan sekelas cuba meneka pernyataan palsu tersebut. Kelas akan lebih ceria dan tertawa.

5. Bingo kenalan

Berikan kertas dengan 10 petak kosong yang telah disi dengan karakter atau hobi tertentu. Murid kemudiannya mencari rakan lain yang memenuhi kriteria tersebut untuk mengisi kotak bingo mereka.

Dengan melakukan aktiviti di atas, murid pasti akan lebih ketika minggu pertama persekolahan.

Semoga bermanfaat dan selamat bersekolah!

Baca juga: Sebenarnya 10 Ayat Ini Jadi PUNCA Anak Asyik Gaduh & Berdendam, Hati-Hati Bila Bercakap!

Sumber: Facebook Asyafa Fautzie

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×