Dapur

Resepi Kuih Lopes Daun Pisang, Cara Tradisional Lebih Sedap & Aroma Wangi!

14
SHARES
KUIH LOPES DAUN PISANG

Kuih Lopes Daun Pisang merupakan salah satu hidangan tradisional namun semakin dilupakan kerana kebanyakkan peniaga menjualnya tanpa menggunakan daun pisang.

Haruman kuih lopes yang dibalut dengan daun pisang sememangnya mampu memikat selera terutamanya golongan berusia kerana hidangan ini pastinya mampu mengimbau kenangan lama.

Baca juga: TAK BOLEH Simpan Nasi Lebih 24 Jam Dalam Peti Ais, Hati-Hati Kalau Selalu Buat!

KUIH LOPES DAUN PISANG, RESEPI ASLI & LEBIH SEDAP

KUIH LOPES DAUN PISANG

Sekiranya anda mencari resepi kuih lopes daun pisang bersama air gula merah, di bawah ini penulis ada kongsikan. Rugi kalau tak cuba!

Bahan-bahan kuih lopes daun pisang:

  • 250 gram beras pulut (rendam dahulu selama 2 jam)
  • Daun pisang
  • 1/2 sudu teh garam
  • Pes pandan
  • Daun pandan
  • Kukus kelapa parut selama 10 minit.

Cara-cara penyediaan:

1. Gaulkan beras pulut dengan garam kemudian balut menggunakan daun pisang. Bentuknya seperti membuat ketupat

2. Sediakan air dalam kuali, masukkan pes pandan dan daun pandan hingga air bertukar hijau.

3. Masukkan lopes sehingga tenggelam dan rebus sehingga mendidih.

4. Selepas mendidih, rebus selama 5 minit dan tutup api.

5. Selepas 30 minit, hidupkan api dan rebus lopes sehingga mendidih semula.

6. Setelah mendidih, rebus selama 7 minit, keluarkan kuih lopes dan biarkan sejuk.

Bahan-bahan sos gula merah:

  • 250 gram gula merah
  • 1/4 sudu teh garam
  • 200ml air
  • Daun pandan
  • 2 sudu teh tepung jagung dilarutkan dalam 2 sudu teh air

Cara-cara penyediaan air gula merah:

– Masukkan gula, air, daun pandan dan garam.

– Biarkan sehingga gula larut, kemudian masukkan tepung jagung yang sudah dibancuh bersama 2 sudu kecil air dan masak sehingga pekat.

– Sedia untuk dihidangkan bersama kuih lopes daun pisang tadi.

Kuih tradisional ini enak dinikmati untuk minum petang bersama hidangan teh o panas.

Selamat mencuba!

Baca juga: 9 Buah Paling RARE Di Malaysia, Nampak Pelik Tapi Sedap Rupanya!

Sumber: Facebook Resepiqoh & Nur Leeyaa

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×