Dapur

Cara Buat BAWANG PUTIH GORENG Rangup & Tak Nak Pahit Ikut Resipi Ini!

9
SHARES
bawang putih goreng

Di dalam dunia masakan, bawang putih banyak digunakan sebagai bahan asas untuk sesuatu hidangan itu. Malah, ia juga boleh dijadikan sebagai bahan utama iaitu dengan menghasilkan minyak atau jeruk bawang putih. Tak lupa juga dengan menu bawang putih goreng!

Kali ini, perkongsian Azita Amir mengenai menu bawang putih goreng telah menerima banyak perkongsian sehingga 3.6 ribu. Di mana, beliau telah memberi tips membuat bawang putih goreng agar kekal rangup dan tidak pahit.

Baca juga: Seronok Borong Ole-Ole Di Jepun, Kena Tahu Ini Senarai Snek Tak Halal Di Sana!

BAWANG PUTIH GORENG RANGUP & TAK PAHIT!

bawang putih goreng

Gambar: Azita Amir

Kepada anda yang sukakan bawang putih, bolehlah buat menu ini dan nikmati ia sebagai kudapan. Dan bawang putih goreng ini juga boleh dijadikan sebagai pelengkap menu utama dalam sebuah hidangan.

Baca juga: “Projek Mangkuk Tingkat” Hias Bekal Dengan Kreatif & Menangi Set Istimewa Ini!

Baca  juga: Resipi REMPAH KARI AYAM ‘Homemade’, Nak Kering Ke Basah 2 Versi Ini Ada!

Cara buat bawang putih goreng yang kekal rangup dan tidak pahit

Berikut merupakan cara membuat bawang putih goreng yang kekal rangup dan tidak pahit seperti dikongsikan Azita Amir.

  1. Bawang putih rendam air dulu boleh sejam 2 untuk mudah kita kupas dan tak panas tangan.
  2. Dah siap kupas, sagat bawang putih macam biasa. Nak guna penyagat boleh, hiris dengan pisau pun boleh ikut keselesaan.
  3. Lepas habis menyagat, rendam ia di dalam air garam selama 15 minit macam itu sebab nak bagi keluar getah bawang tadi supaya hilang sikit pahitnya.
  4. Bilas bawang putih, toskan dan goreng macam biasa.
  5. Selalu kacau dengan api sederhana, getah bawang akan keluar dekat tepi-tepi kuali dan kita boleh buang ye.

Hasilnya akan cantik dan rangup, boleh lihat dekat gambar. Insha Allah, selamat mencuba bagi yag nak cuba buat!

Baca juga: Resipi KERABU BUAH BEKA Yang Enak, Susah Nak Jumpa Jadi Wajib Cuba!

Sumber: Azita Amir

FT Image: Alex Lau / Azita Amir

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×