DIY & Kraf

Cara Guna Bawang Putih Untuk Kawal ‘Perosak’ Di Rumah, Sekali Letak Mesti Semua Lari!

14
SHARES
kegunaan bawang putih

Kegunaan bawang putih bukan hanya terhad di dalam masakan sahaja tetapi anda juga boleh menggunakannya sebagai agen kawalan perosak.

Menerusi perkongsian di laman Facebook, terdapat banyak kegunaan bawang putih yang masih tidak diketahui oleh orang ramai. Ikuti perkongsian lanjut di bawah.

Baca juga: Cara Cuci Lesung Batu Baru Beli Sebelum Guna, Tumbuk Dulu Satu Bahan Ini Sampai Lumat

KEGUNAAN BAWANG PUTIH SEBAGAI KAWALAN PEROSAK

KEGUNAAN BAWANG PUTIH

Kredit: Freepik

1. Kegunaan bawang putih – tikus

– Letakkan seulas bawang putih yang dihancurkan atau pes bawang putih di kawasan yang sering dilalui oleh tikus.

– Bau bawang putih yang kuat akan menghalau tikus dan menghalang mereka dari memasuki rumah anda.

2. Lalat

– Kisar bawang putih dengan air dan tapis campuran tersebut. Semburkan di kawasan yang sering dikunjungi lalat.

– Lalat akan menjauhi bau bawang putih dan kawasan sekitar.

3. Kegunaan bawang putih – kutu

– Hancurkan bawang putih hingga menjadi pes.

– Sapu di kawasan yang terjejas.

– Bawang putih akan menyebabkan kutu lemas dan menghalaunya daripada terus membiak.

4. Untuk lipas

– Hancurkan seulas bawang putih dan letakkan di sudut atau kawasan yang sering dikunjungi lipas.

–  Lipas akan dijauhkan oleh bawang putih dan mengelakkan kawasan yang telah dirawat.

5. Kegunaan bawang putih untuk cicak

– Letakkan bawang putih yang dihancurkan di tingkap, pintu, dan tempat-tempat yang sering dilihat cicak.

– Bau bawang putih yang kuat menghalang cicak daripada memasuki atau tinggal di kawasan tersebut.

6. Nyamuk

– Campurkan minyak bawang putih dengan air dan semburkan di sekitar rumah, pada tumbuhan, atau di kawasan yang sering dijadikan tempat berkumpul oleh nyamuk.

– Aroma bawang putih yang tajam akan menghalau nyamuk, menjauhkan mereka dari kawasan yang telah disembur.

Terdapat pelbagai kegunaan bawang putih dalam mengawal perosak semula jadi dan sudah pastinya lebih berkesan kerana tiada bahan kimia digunakan.

Semoga artikel ini memberi manfaat buat anda semua yang mempunyai masalah ‘perosak’ rumah.

Baca juga: Senarai Lengkap Kedai MyKasih Setiap Negeri Untuk Guna Bantuan SARA 2025

Sumber: Facebook Irranun peace

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×