DIY & Kraf

Tiga Jenis Kuali Paling Tak Sesuai Untuk Memasak, Kena Pilih Yang Macam Ini

4
SHARES
JENIS KUALI

Kuali memasak adalah salah satu peralatan dapur yang penting untuk memastikan masakan disediakan dengan sempurna. Seperti mana kita tahu, terdapat pelbagai jenis kuali di pasaran, setiap satunya direka khas untuk memenuhi keperluan memasak tertentu.

Pemilihan jenis kuali memasak paling bagus dan jenis yang perlu dielakkan amat penting agar masakan dapat disediakan dengan lebih selamat.

Baca juga: Jenis-Jenis Cat Rumah Yang Senang Cuci, Anak Conteng Dinding Setiap Hari Pun Boleh!

JENIS KUALI MEMASAK PALING BAGUS & 3 JENIS PERLU DIELAKKAN

JENIS KUALI

Kredit: Freepik

Tiga jenis kuali memasak yang paling bagus dan disarankan untuk guna adalah:

 1. Kuali jenis seramik

Kelebihan jenis kuali seramik adalah permukaan tidak melekat tanpa memerlukan bahan kimia berbahaya. Ia juga mudah dibersihkan dan tahan calar jika dijaga dengan baik.

Selain ringan, kuali jenis ini lebih sesuai untuk memasak makanan dengan suhu rendah hingga sederhana.

2. Kuali stainless steel 

Jenis kuali stainless steel disarankan untuk guna kerana lebih tahan lama, tidak berkarat, dan tahan terhadap suhu tinggi. Menariknya, kuali ini tidak mengeluarkan bahan kimia berbahaya semasa memasak selain mudah dijaga dan tidak mudah calar.

3. Jenis kuali – cast iron

Periuk jenis ini lebih tahan lama dan boleh digunakan bertahun-tahun jika dijaga dengan baik. Selain itu, ia juga sesuai untuk memasak dengan suhu tinggi seperti memanggang, membakar, dan menggoreng.

Tiga jenis kuali memasak perlu dielakkan adalah:

1. Kuali memasak bersalut Teflon anti lekat

Salutan PTFE atau Telfon akan membuatkan makanan tidak melekat pada kuali semasa proses memasak. Ini boleh menyebabkan bahan kimia berbahaya dibebaskan ke dalam makanan atau udara semasa memasak.

2. Alatan memasak aluminium

Kuali memasak jenis aluminium boleh membebaskan logam ke dalam makanan, terutamanya makanan berasid seperti tomato. Aluminium juga boleh membengkok apabila terdedah kepada suhu tinggi, dan mudah tercalar.

3. Jenis kuali memasak – tembaga

Jenis kuali yang diperbuat daripada tembaga boleh memberi makanan rasa logam dan berubah warna.

Pilih jenis kuali memasak yang bersesuaian agar kesihatan anda kekal terjaga. Semoga bermanfaat!

Baca juga: 21 Kegunaan Cuka Untuk Rumah & Dapur Berkilat, Baru Sekali Sental Terus Puas Hati!

Sumber: Facebook Mama Sweet and Spice

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×