Kegunaan cuka biasanya dianggap untuk dalam masakan sahaja tetapi sebenarnya terdapat banyak manfaat lain dalam kehidupan harian seperti perkongsian di bawah ini.
21 kegunaan cuka seperti dinyatakan ini ternyata mampu membuatkan rumah anda lebih berseri, wangi dan berkilat. Jom kita cuba!
Baca juga: Cara Halau Lipas Di Rumah Guna Minyak Masak Terpakai, Hasilnya Memang Puas Hati!
21 KEGUNAAN CUKA DALAM KEHIDUPAN, BUKAN UNTUK MASAKAN SAHAJA
1. Masalah singki atau tombol paip diseliputi daki putih seperti kapur
– Sental menggunakan bahan campuran 2 sudu besar ‘garam’ dan 1 sudu kecil ‘cuka’.
2. Bersihkan meja
– Lapkan dengan kain yang telah direndam dalam cuka pekat.
3. Bersih dan mewangikan saluran paip singki
– Tuangkan 1 cawan baking soda, kemudian 1 cawan cuka panas. Biarkan selama 5 minit dan akhir sekali tuangkan air panas.
4. Hilangkan bau pada tong sampah
– Tuangkan sehingga rata ½ cawan Serbuk-penaik (baking soda) dan ½ cawan cuka. Biarkan selama 5 minit dan bilas menggunakan air panas.
5. Cuci microwave atau oven
– Campurkan ½ cawan cuka dengan ½ cawan air dalam mangkuk mesra microwave. Didihkan campuran itu di dalam microwave oven sehingga mendidih selama beberapa ketika. Bahan-bahan makanan yang terlekat akan tertanggal dan bau busuk akan hilang. Lap dengan kain sehingga bersih.
6. Bersihkan rak dan dinding dalam peti ais
– Lap menggunakan kain yang di celupkan ke dalam campuran cuka dan air biasa.
7. Bersihkan daki dan kotoran di atas peti ais
– Gunakan cuka pekat dan lap menggunakan tisu atau kain.
8. Bersihkan pintu oven daripada selaput minyak
– Sapukannya dengan cuka pekat. Biarkan pintu oven terbuka selama 10 ke 15 minit sebelum mencuci dengan span.
9. Kembalikan semula seri pada gelas yang telah pudar
– Rendamkan kain atau tisu tebal ke dalam cuka pekat dan bungkus peralatan gelas tersebut. Biarkan seketika dan bilas.
10. Tanggalkan daki yang melekat pada cawan
– Sental dengan perlahan menggunakan garam atau serbuk penaik.
11. Hilangkan daki dan bau hapak pada bekas plastik
– Lap menggunakan kain yang telah dibasahkan dengan cuka.
12. Hilangkan kesan bau pada bekas makanan
– Masukkan sekeping roti yang telah direndam dalam cuka dan biarkan semalaman.
13. Hilangkan kesan daki pada balang kaca, pasu bunga kaca, botol dan lain-lain
– Rendamkan dalam cuka untuk beberapa ketika dan bersihkan menggunakan beras atau pasir bagi menanggalkan daki. Ulangi beberapa kali jika perlu.
14. Hilangkan bau cebisan kuah atau makanan yang telah basi dari dalam peti sejuk
– Bersihkan kawasan yang terkena dengan air dan sabun. Sembur atau renjiskan kawasan tersebut dengan cuka pekat dan keringkan menggunakan kain lembap. Isikan satu bekas kecil dengan ‘serbuk penaik’ dan letakkan di dalam peti sejuk selama beberapa hari.
15. Tanggalkan tanda harga atau label pada bekas
– Bungkus atau tutup dengan kain yang telah direndam dalam cuka. Biarkan semalaman dan tanda harga akan tanggal.
16. Bersihkan bahagian roda pada alat pembuka tin
– Cuci dengan menggunakan cuka pekat dan berus gigi terpakai.
17. Bersihkan minyak pada ‘exhaust fan’ atau cooker hood atau oven
– Celupkan span ke dalam cuka pekat dan sapu bahagian berminyak sehingga bersih.
18. Menyegarkan bilik air
– Campurkan 1 sudu kecil soda bikarbonat, 1 sudu kecil cuka dan 1 cawan air. Masukkan ke dalam penyembur dan semburkan campuran tersebut di sekitar bilik air.
19. Bersihkan tompokan kotoran pada karpet
– Campurkan 2 sudu kecil ‘cuka’, ¼ garam atau soda bikarbonat. Gunakannya untuk menyental kesan kotoran pada karpet dan biarkan kering. ‘Vacum’ karpet tersebut pada keesokkan harinya.
20. Bersihkan gunting yang melekat
– Lapkan dengan kain yang telah direndam dalam cuka pekat.
21. Hilangkan bau air kencing di atas tilam
– Campurkan sedikit cuka dan air dan gunakan kain untuk lapkan tompokan air kencing di atas tilam. Kemudian, renjiskan kawasan tersebut dengan ‘baking soda’. Biarkan kering buat seketika. Berus atau vakum selepas kering.
Ternyata, 21 kegunaan cuka ini ternyata masih ramai yang belum tahu. Jadi, semoga perkongsian ini memberi manfaat!
Baca juga: Cara DIY Bekas Pasir Kucing Versi Mudah, Si Bulus Pasti Selesa & Suka!
Sumber: Facebook Geng Suri Rumah