Rumah

Berkesan Atasi Serangga Perosak & Penyakit, Ini 7 Manfaat Cuka Kayu Untuk Tanaman

165
SHARES
kegunaan cuka kayu untuk tanaman

Memang pening kepala kalau pokok kita asyik diserang serangga perosak, kulat, dan penyakit.

Ada tu benih yang kita semai tak juga tumbuh-tumbuh.

Macam-macam masalah tanaman yang boleh dihadapi dan kalau nak selamatkan pokok tu, kita kenalah buat sesuatu.

Tahukah anda, salah satu ‘penyelamat’ yang boleh digunakan ialah cuka kayu.

Jadi, kami akan kongsikan 7 KEGUNAAN CUKA KAYU UNTUK SUBURKAN TANAMAN anda.

Sebelum kita semak kelebihannya, jom kita kenali dulu, APA ITU CUKA KAYU?

apakah cuka kayu

Apakah Cuka Kayu?

Cuka kayu atau wood vinegar adalah cairan organik yang merupakan produk sampingan yang terhasil dari proses kondensasi pembakaran kayu (tanpa udara) dalam penghasilan arang.

Ia boleh didapati dalam warna kuning kecoklatan atau coklat kehitaman.

Kajian ke atas cuka kayu ini telah mengambil tempat sejak tahun 1950an lagi, Haa! dah lama kan.

Para petani di kebanyakan negara seperti Jepun, Taiwan, Thailand dan Korea menggunakan cuka kayu secara meluas kerana kelebihannya sebagai bahan kimia tani organik.

Namun untuk rakyat marhaen seperti kita, tak ramai yang tahu kewujudannya, apatah lagi nak gunakannya pada tanaman.

Jadi, mari kita lihat kegunaan cuka kayu untuk kesuburan tanaman.

Baca juga: Atasi Masalah Di Kebun, Ini 9 Kegunaan Baking Soda Untuk Tanaman Lebih Subur!

7 Manfaat Cuka Kayu Untuk Suburkan Tanaman

1. Menggalakkan Percambahan Benih Dengan Cepat

Kita boleh guna cuka kayu untuk meningkatkan hasil tanaman kita kerana ia dapat menggalakkan percambahan benih dengan lebih cepat.

Kajian mendapati penghasilan cuka dari pembakaran buluh merangsang percambahan benih tanaman.

Jadi, kalau benih yang kita semai susah betul nak bercambah, bolehlah cuba semburkan tanaman dengan sedikit cuka kayu pula.

7 Aktiviti Sains Yang Menarik Untuk Kanak-Kanak. Mudah & Menyeronokkan!

Foto Kredit: galleryhip.com

2. Menggalakkan Tumbesaran Anak Pokok

Bukan itu saja, cuka kayu mampu menggalakkan tumbesaran anak pokok.

Biasanya, untuk fungsi ini, kita boleh pilih cuka kayu yang terhasil dari sumber tumbuhan berkayu seperti pokok oak, kayu getah, walnut atau kayu bakau.

Kajian mendapati pokok yang disembur dengan cuka kayu membesar 2 kali ganda lebih subur dari yang tidak disembur cuka ini.

Oleh itu, kalau kita rasa pokok kita pendek je dan tak membesar, jom kita cuba gunakan cuka kayu lepas ni.

cara tanam sayur kobis

3. Membantu Penyerapan Nutrisi Baja Dengan Lebih Baik

Bagi sesiapa yang suka menanam, pasti kita tahu fungsi utama baja adalah sebagai ‘pembekal makanan’ secara terus kepada tanaman.

Dalam hal ini, cuka kayu berpotensi mengurangkan penggunaan kadar baja dan racun sintetik sehingga 50% kerana sifat organiknya yang boleh membantu dalam penyerapan nutrisi baja dengan lebih baik jika diberi dengan kadar yang secukupnya.

Haaa, jadi, kita pun takdelah perlukan banyak sangat baja macam sebelum-sebelum ni.

4. Racun Serangga Yang Selamat Untuk Tanaman

Salah satu asbab terbesar kadang-kadang kita malas nak bercucuk tanam ialah kerana serangga yang suka rosakkan tanaman kita.

Mana taknya, pokok tu dah hidup sihat, tiba-tiba serangga datang bawa bala tenteranya seperti kulat, bakteria atau nematode (cacing gelang parasit).

Dalam hal ini, cuka kayu berfungsi menghasilkan microbes, iaitu sejenis organisma yang memakan serangga perosak.

Jadi, tak hairanlah kalau para petani suka menggunakan cuka kayu ini sebagai racun serangga yang selamat untuk tanaman.

5. Menjadikan Daun Lebih Sihat

Dulu kita belajar fungsi pokok salah satunya adalah untuk menghasilkan oksigen melalui proses fotosintesis kan?

Jangan tak tahu, cuka kayu ini dapat meningkatkan kandungan klorofil dalam daun, iaitu salah satu elemen dalam proses fotosintesis.

Jangan terkejut, cuka kayu juga dapat menghasilkan warna daun yang berkilat serta memudahkan sintesis gula dan asid amino dalam tumbuhan.

Jadi, tumbuhan pun boleh tumbuh dengan segar dengan daun-daun yang sihat.

Wah, memang banyak manfaat cuka kayu ni!

6. Memperelok Struktur Tanah

Siapa sangka, antara kebaikan cuka kayu juga adalah ia dapat bantu menyuburkan tanah dengan meningkatkan aktiviti microbial dalam tanah.

Ini kerana cuka ini dapat memberikan khasiat pada microbes yang baik.

Ia juga memperelok struktur fizikal tanah kita.

Di beberapa buah negara seperti Brazil, cuka ini digunakan secara meluas ke atas tumbuhan yang mempunyai masalah ketidaksuburan atas sebab kekurangan nitrogen dan fosforus.

Selain itu, cuka kayu boleh membantu pertumbuhan dan menguatkan akar pokok.

7. Menggalakkan Penghasilan Buah & Sayur Yang Berkualiti

Untuk pengusaha dusun buah-buahan dan sayur-sayuran, cuka kayu boleh menggalakkan penghasilan sayur dan buah berkualiti tinggi.

Bukan itu saja, kuantiti hasil tanaman juga boleh bertambah sebanyak 2x ganda berbanding tumbuhan yang tidak diberi cuka kayu.

Kajian yang dijalankan di sebuah dusun di Thailand kini menjadi rujukan kepada banyak para petani.

So, kalau rasa macam susah betul buah nak tumbuh, cubalah semburkan sedikit larutan cuka kayu ke atas pokok.

Selain itu juga, cuka ini berkebolehan membantu menukarkan bahan mentah menjadi kompos organik disamping mengurangkan bau-bauan yang tidak enak terhasil dari kompos tersebut.

Sayur bayam hijau yang segar

Cara Penggunaan Cuka Kayu Untuk Tanaman

Cara penggunaan cuka kayu ni sebenarnya bergantung kepada jenis cuka kayu yang dibeli dan jenis tanaman kita.

Dalam artikel ini, kami kongsikan maklumat daripada Puan Liyana Mohd Poad.

Kata beliau, bancuhan 2ml +1.5L air biasa. Kemudian sembur pada seluruh pokok dan daun atas bawah pucuk semua sekali kecuali tanah.

cuka kayu untuk tanaman

Tapi kalau air semburan menitis ke tanah, tak mengapa sebab ia tak memudaratkan.

Spray seminggu 2/3 kali pada sebelah petang pukul 6 ke atas. Boleh juga pada waktu pagi.

Lepas spray jangan siram pokok dengan air biasa. Biarkan cuka kayu meresap at least 7/8 jam.

Tengok result selepas beberapa hari. Anak pokok berusia dua minggu ke atas boleh spray tapi jangan banyak. Boleh agak agak.

NOTA: Katanya harga yang dibeli RM18 untuk sebotol seperti dalam gambar. (Kami tak jual ya, just bagi anggaran harga saja)

cuka kayu untuk tanaman

Banyak Kegunaan Cuka Kayu Untuk Tanaman

Tapi hati-hati, larutan cuka kayu yang terlalu pekat boleh membantut percambahan benih, selain penggunaannya yang berlebihan dalam jangka masa yang panjang berpotensi menambah keasidan tanah.

Oleh itu, pastikan kita ambil tahu variasi tahap larutan cuka kayu yang bersesuaian bergantung kepada jenis tumbuhan yang kita nak tanam, okay.

Selamat berkebun dan semoga bermanfaat!

Sumber rujukan:

  • http://ppid.pertanian.go.id/doc/1/Cuka%20Kayu.pdf
  • https://rootofscience.com/blog/2020/sains-pertanian/cuka-kayu-penggunaannya-dalam-pertanian/
  • http://agrowingculture.org/the-use-of-wood-vinegar-in-reducing-the-dependence-on-agro-chemicals/
  • http://www.woodvinegar.org/wood-vinegar.html
  • https://www.impiana.my/cuka-kayu-untuk-suburkan-tanaman-dan-hasilkan-sayuran-berkualiti/
  • http://www.biogreen-energy.com/wood-vinegar/
  • https://kebunbandar.com/cuka-kayu-pertanian/

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×