9 KEGUNAAN BAKING SODA UNTUK TANAMAN
Kita semua sedia maklum yang baking soda atau baking powder ni banyak kegunaannya selain daripada digunakan untuk membuat biskut dan kek.
Ada yang guna untuk mencuci dan boleh juga guna untuk kecantikan.
Sebenarnya kita boleh gunakan baking soda sebagai pelindung dan salah satu petua menyuburkan tanaman tau!
Nak tahu macam mana?
Jom baca selanjutnya!
9 Kegunaan Baking Powder / Baking Soda Untuk Tanaman
1. Hilangkan Kulat Putih
Kalau daun-daun atau batang di bawahnya keputihan, maknanya ia diserang kulat atat atau bena putih.
Untuk menyelamatkan tanaman anda, cuba buat campuran baking soda ini menggunakan:
- 1 sudu baking soda,
- 1 sudu minyak,
- 1 sudu sabun pencuci pinggan cair dan
- 4 liter air.
Tuangkan campuran ini ke dalam botol semburan dan semburkan pada tanaman setiap minggu sampai keputihan tu hilang.
Pastikan check juga kalau ada tanda-tanda melecur kerana beberapa tanaman mungkin sensitif dengan bahan ini.
2. Halau Ulat Pada Kobis
Sekiranya ada ulat yang suka menggigit sayur-sayuranyang kita tanam, terutamanya kobis, brokoli dan kobis bunga, kita pun boleh gunakan campuran baking soda ini untuk me’nyah’kan dia.
Campurkan baking soda dan tepung biasa / tepung jagung dengan sukatan yang sama banyak. Kemudian taburkan ke atas tanaman.
3. Memaniskan Tomato
Tahu tak salah kegunaan baking soda untuk tanaman ni dikatakan boleh memaniskan lagi buah tomato yang ditanam.
Caranya, cuma taburkan sedikit baking soda pada tanah di sekeliling pokok tomato.
Ini kerana, baking soda yang bersifat alkali boleh merendahkan kadar asid dalam tanah, lalu menjadikan tomato lebih manis.
4. Halau Siput Babi
Taburkan baking soda / baking powder di sekeliling tanaman.
Siput babi akan melecur apabila terkena baking soda dan mungkin tak akan datang lagi merosakkan tanaman kita!
5. Hapuskan Rumput-rumpai / Rumput Liar
Untuk mengelakkan rumpai tumbuh di celah-celah pokok atau batu kebun, taburkan baking soda atau baking powder di celah-celahnya.
Ini akan mematikan rumpai kecil dan mencegah rumput liar tumbuh. Lakukan setiap beberapa bulan.
6. Kekalkan Kesegaran Bunga Yang Dipetik
Bagi yang ada tanam bunga ros dan petik untuk diletak dalam pasu, anda boleh gunakan baking soda ni untuk kekalkan kesegaran bunga agar tahan lebih lama.
Caranya, penuhkan pasu dengan air yang dicampur dengan 1 sudu teh baking soda.
Kalau dapat bunga masa hari jadi atau anniversary, pun boleh buat macam ni kan?
7. Hilangkan Jangkitan Kulat Hitam
Kalau ada kesan kulat / jangkitan kehitaman pada tanaman, cuba gunakan campuran baking soda untuk pulihkan tanaman.
Sukatannya 1 sudu teh baking soda dan 1 liter air. Masukkan dalam botol dan spray di kawasan yang ‘sakit’ tu.
8. Masalah Serangga / Aphid / Kutu Daun
Baking soda untuk tanaman boleh berfungsi sebagai penghalau serangga yang mesra alam.
Ia akan membunuh serangga yang berbahaya kepada tumbuh-tumbuhan, seperti kutu daun, tanpa merosakkan alam sekitar.
Campurkan satu sudu soda bikar, ½ sudu minyak dan dua liter air. Semburkan pada tanaman setiap beberapa hari sehingga serangga yang bermasalah hilang.
9. Halau Semut
Lagi satu petua untuk tanaman, campurkan baking powder dengan sedikit gula halus dan tabur di laluan semut.
Gula halus akan menjadi ‘umpan’ untuk semut manakala baking soda akan membunuh semut-semut itu.
Banyaknya Kegunaan Baking Soda Untuk Tanaman, Kan?
Wah, rupanya banyak kegunaan baking soda atau baking powder untuk membantu mengatasi masalah di kebun kan?
Jom kita cuba dan share dengan kawan-kawan yang minat berkebun supaya sama-sama dapat manfaatnya!
*Sumber rujukan: https://www.stuff.co.nz