“Penatnya alahai nak cuci jamban ni”
Tandas merupakan antara ruang di dalam rumah yang paling kerap perlu dicuci selain dari dapur. Mana tidaknya, ini merupakan tempat kita mencuci segala kotoran dari badan kita sendiri. Namun, biasalah bila dah sampai waktu untuk ‘sental’ tandas tu amat meletihkan tambah pula kawasan lubang jamban yang amat susah untuk dihilangkan kotoran.
Kalau sebelum ini anda pernah dengar atau menggunakan bath bomb sebagai ‘penghias’ mandian, sebenarnya ada juga toilet bomb yang boleh digunakan untuk hilangkan kotoran lubang toilet atau jamban. Yang paling menarik sekali adalah anda boleh DIY sendiri di rumah!
DIY TOILET BOMB!
Lubang toilet yang berkeladak menakutkan mata tu boleh dicuci semudah abc. Campakkan saja seketul selesai masalah.
Jom buat.
Bahan-bahan
1 cup – Sodium bicarbonate (baking soda)
1/4 cup – citric acid (boleh cari di kedai bakery)
1 sudu hydrogen paroxide (cari di farmasi)
Cara-caranya mudah sahaja!
1.Campurkan 2 bahan tadi. Gual rata dan pastikan tak berketul.
2.Masukkan 1 sudu hydrogen paroxide. Jangan lebih.
3.Gaul lagi. Ia sepatutnya rupa begini. Tak berketul dan tak terlalu basah.
4.Masukkan dalam bekas acuan. Biarkan 4 jam.
5. Selepas 4 jam keluarkan dan isi lah dalam bekas comel.
6.Bayangkan ni mangkuk toilet rumah kita. Campakkan saja seketul dan masalah selesai. Segala yang berkeladak tu akan hilang.
*Dah tak berkeladak dah lubang toilet tu!
Sumber: Suhaili Baharudin