DIY & Kraf

Teknik Bakar Kuali Baharu Sebelum Guna, Elak Makanan Melekat & Cepat Berkarat!

377
SHARES
teknik bakar kuali

Zaman sekarang ini, sudah ramai dalam kalangan kita yang gemar menggunakan kuali masakan yang tidak melekat. Mana tidaknya, kalau zaman dahulu masih lagi orang rajin dan mempunyai banyak masa untuk menyental kuali tetapi sekarang semua nak cepat! Tapi, kalau beli kuali yang tidak melekat ini mesti mahal harganya di pasaran. Oleh itu, ada satu teknik bakar kuali untuk anda cuba iaitu ‘season the wok’ dimana anda perlu bakar dahulu kuali yang baru dibeli. Tak payah beli kuali mahal-mahal sebab kuali yang murah apabila menggunakan teknik ini, akan menjadikan kualit tersebut tidak melekat apabila dimasak.

TEKNIK BAKAR KUALI SEBELUM GUNA, MAKANAN TAK MELEKAT

My 3rd kuali. Baru-baru ni jumpa kuali saiz 13″ terus sambar. Susah sikit nak jumpe saiz 13″…Dah setel masak ibu sambal dan daging hitam, jom bakar kuali baru ni. Orang putih cakap “season the wok”. Untuk apa bakar? Carbon steel wok ni kalau tak jaga dia, tak manjakan dia, dia akan cepat berkarat.

Jadi untuk elakkan berkarat, kita kena bakar kuali ni dulu sebelum guna dia. Salah satu lagi sebab nak bakar adalah supaya masakan kita tak melekat. Jadi pengalaman memasak anda lebih seronok dan ghairah. Haha…macam enamel wok tu. Sila sayangi kuali anda…

Goreng nasi sambil melambung-lambung nasi tu, goreng telur mata, goreng ikan…memang cantik dan best. Ade je yang dijual pre season wok. Mahal sikit lah..Proses semua makan masa lebih kurang 30-45minit bergantung kepada power api dapur anda. Kander punya dapur bukan high pressure, tapi turbo burner..

1. Ok, macam mana nak tahu saiz kuali ni? Kat handle tu ada sticker. Boleh tengok nombor tu…tu lah saiz. Kebanyakan yang ada saiz 14″ 16″…saiz 13″ susah sikit nak dapat.

Tapi kuali jenis ni takde dah saiz lagi kecik rasanya kat malaysia…13 kot paling kecik. Kalau dapat saiz 10″-11″, lagi comel masak nasik goreng sorang makan. Harga dia average rm18-23. Tengok kedai dan tempat

teknik bakar kuali

2.Kuali ni masa baru beli dia berbungkus dalam plastik. Bila buka plastik, permukaan kuali tu dia berminyak / greasy. Itu adalah minyak dari kilang…kite kena cuci dulu. Tenyeh gosok dengan sabun guna span besi ye. Depan belakang bontot dia kita gonyoh semua.

3.Dah gonyoh guna span besi mesti la nampak kesan-kesan tu. Biarkan je…jangan sedih pulak kuali calar. Biar kuali calar, jangan muka yang bercalar.

4. Set kan api dapur yang terpadu dan start bakar – teknik bakar kuali!

5.Bakar sampai kebiruan ke seluruh permukaan kuali ni tau, biar rata semua tempat. INGAT JANGAN LAMA SANGAT, BILA DAH START BIRU TERUS ALIH KE PERMUKAAN LAIN. KALAU LAMA SANGAT KAT TEMPAT SAMA, NANTI YANG BIRU TU AKAN JADI MERAH. TANDA BESI TERLALU PANAS dan akan berkarat di kemudian hari. Sila buang dan beli kuali baru.

6.Bakar seluruh permukaan kuali ye. Jangan leka dan lalai.

teknik bakar kuali

7.Lepas 10 min, kite test season. Letak minyak sikit..

8.Guna paper towel untuk ratakan ke seluruh permukaan kuali. Ingat, tisu dapur ye. Bukan guna tisu muka dalam kotak kat ruang tamu tu!

9.Test Run…goreng la pape pun, bawang ke, daun bawang ke halia ke serai ke…seronok waktu ni tengok mereka berlari lara. Goreng je sampai garing ke hangus ke…Masa ni kander goreng kobis, halia dan bawang putih je pun. Tapi bau dia masyaallah terliur!

10.Bile dah garing kaw kaw, buang bahan goreng tadi dan guna tisu tadi untuk lap permukaan kuali.

11.Dah habis lap, biarkan sekejap dalam 3-5min. Bagi dia cool down dulu. Korang tengoklah…kuali je baru. Sudip ikat cable tie tu jugak tak tukar-tukar.

12.Kemudian bilas dan gosok guna span tanpa sabun ye.

13.Lap-lap bagi kering kemudian panaskan. Titiskan minyak sikit dan gaul rata lagi sekali.

14.Bila kita gosok guna tisu sambil api menyala, dia akan start berasap. Tutup api…siap. Besok-besok nak pakai, panaskan dulu, ratakan sedikit minyak ke seluruh permukaan kuali…baru guna. Ini dipanggil pre season…Buat 2-3 kali pre season, insyaallah lepas tu kuali akan hitam gelap gelita macam kat restoran tu, itu lah yang kita mahu. Confirm tak melekat sampai sudah.

Sumber: Wan Luqman

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×