Dapur

Resipi REMPAH KARI AYAM ‘Homemade’, Nak Kering Ke Basah 2 Versi Ini Ada!

48
SHARES
rempah kari ayam

Rempah kari merupakan bahan asas yang diperlukan untuk memasak hidangan kari. Memandangkan ia sajian yang sering dimasak oleh rakyat Malaysia, resipi rempah kari ayam homemade ini anda mesti buat terutamanya kepada pencinta kari!

Cara membuat rempah kari ayam atau daging homemade ini telah disiarkan oleh Zaila di laman blognya, Dapuq Zaila. Malah, dia turut berkongsi resipi rempah kari versi kering dan basah untuk memudahkan pilihan selera orang ramai.

Baca juga: “Projek Mangkuk Tingkat” Hias Bekal Dengan Kreatif & Menangi Set Istimewa Ini!

REMPAH KARI AYAM ‘HOMEMADE’

rempah kari ayam

Gambar: Dapuq Zaila

Tapi kalau nak rempah kari ikan, klik artikel ini.

Resepi rempah kari ayam/daging versi kering

Bahan-bahan A:

  • 3 keping kulit kayu manis
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 kuntum bunga lawang
  1. Bilas sikit dengan air dan tos.
  2. Kemudian, sangai hingga naik bau harum.
  3. Biarkan sejuk sekejap, lepas tu kisar halus dengan pengisar kering.
  4. Lebih halus, lebih baik. Saya punya ini tak cukup halus.

Baca juga: Resipi IKAN PERCIK ‘Viral’ Warisan Keluarga, Ramai Netizen Telah Jatuh Cinta!

Bahan-bahan B:

  • 5 sudu besar serbuk cili
  • 4 sudu besar ketumbar yang dah disangai dan dikisar
  • 1 sudu besar serbuk jintan manis
  • 1 sudu besar serbuk jintan putih
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  1. Gaul semua bahan B dalam mangkuk.
  2. Campurkan dengan hasil kisar bahan A.
  3. Rempah kering sedia digunakan, macam rempah peket biasa.

Baca juga: Resipi KERABU BUAH BEKA Yang Enak, Susah Nak Jumpa Jadi Wajib Cuba!

Rempah kari ayam/daging versi basah

Kalau nak sediakan rempah basah boleh:

  1. Panaskan minyak 1/4 cawan, tumis rempah kering yang telah dibancuh dengan 1/2 cawan air (pes).
  2. Dah naik minyak, boleh tutup api.
  3. Sejukkan dalam bekas dan simpan dalam peti beku/sejuk.
  4. Masa nak guna, cuma tambahkan air, protein, sayur dan perasa.

Jadi, tak payah risau dah kalau tak ada stok rempah kari, boleh buat sendiri ye! Saya buat kari kentang. Sedap.

Kalau anda nak rempah kari ikan, penulis pernah

Baca juga: Tips Perah Kelapa Parut Dimesin Sendiri, Hasilnya Santan Banyak & Pekat!

Sumber: Dapuq Zaila

FT Image: Dapuq Zaila / Hajar Mohd

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×