Dapur

Memang Padu Masak Kari Ayam, Daging & Kambing Letak 5 Rencah Ini, Rasa Macam Makan Dengan Salman Khan!

39
SHARES
cara masak kari ayam

Nak masak kari ayam, daging, atau kambing memang senang sahaja. Cuma, ramai yang keliru tentang perbezaan cara masak kari ayam ini dengan kari ikan kerana ada bahan yang perlu digunakan dan ada yang tidak perlu.

Rupa-rupanya, ada lima bahan yang wajib ada setiap kali anda ingin masak kari ayam, daging dan kambing untuk rasa yang lebih autentik ala-ala makan di India! Tak sangka, ada beza..

Baca juga: Tips Untuk Pokok Daun Kari Tumbuh Merimbun Guna Beras, Daun Pun Hijau Gemuk-Gemuk!

CARA MASAK KARI AYAM, DAGING & KAMBING LEPIH PADU, WAJIB LETAK 5 RENCAH INI!

cara masak kari ayam

Menurut perkongsian dari saudara Selvakumar Arunasalam di laman Facebook, kalau anda nak masak kari ayam, kambing dan daging lembu yang sedap, anda wajib letak semua bahan di bawah ini, ‘gerenti letup’!

Contoh sukatan 1KG bahan mentah:

1. Bunga lawang 1-2
2. Kayu manis 1-2
3. Buah pelaga 1-2
4. Cengkih 1-2
5. Daun Salam 1-2

Cara memasak:

1.Bersihkan dan potong bahan mentah kepada saiz yang sesuai. Kalau guna ayam, boleh potong kecil atau guna bahagian yang disukai seperti peha atau dada. Daging lembu dan kambing biasanya dipotong dadu. Kentang dan sayur-sayuran lain dipotong dan dibersihkan.

2.Panaskan minyak, tumis kelima-lima bahan yang dinyatakan di atas. Kemudian masukkan rempah kari (sama ada yang dikisar atau serbuk segera) sehingga naik bau dan pecah minyak.

3.Masukkan daging dan masak sehingga berubah warna.

4.Masukkan santan cair, kacau rata dan biarkan mendidih.

5.Masukkan kentang dan sayur-sayuran lain.

6.Masukkan asam keping/asam jawa, garam, dan gula secukup rasa.

7.Reneh sehingga daging dan kentang empuk.

8. Akhir sekali, masukkan santan pekat, kacau rata dan biarkan mendidih sekejap. Jangan terlalu lama supaya santan tak pecah minyak.

9.Hidangkan kari panas-panas dengan nasi putih, roti canai, atau nasi biryani.

cara masak kari ayam

Foto: Pinterest

*Sedapnya! Nak cuba!

Baca juga: Simpan Sayur & Dedaun Masakan Guna Teknik Sejuk Beku, Paling Lama Tahan Sampai 6 Bulan!

Sumber: Selvakumar Arunasalam

Foto kari: Azlina Ina

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×